Suara Chavez jadi nada dering telefon - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Suara Chavez jadi nada dering telefon

MADRID: Tindakan tidak diplomatik Raja Sepanyol menutup kelantangan Presiden Venezuela, Hugo Chavez, menjadi nada dering popular yang mendapat sambutan hangat di Sepanyol.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, dianggarkan 500,000 orang memuat turun ayat ‘Mengapa awak tidak menutup mulut saja?’, yang dilaporkan menjana pulangan 1.5 juta euro (RM6.8 juta).

Raja Juan Carlos menyuruh Chavez supaya ‘menutup mulut’ pada satu persidangan di Chile minggu lalu selepas presiden itu melabel bekas Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Aznar, sebagai fasis.

Kole, baju T dan laman web menonjolkan pertengkaran itu turut mencatat keuntungan.

Di Venezuela, sekumpulan penuntut yang menentang kerajaan Chavez turut memuat turun nada dering kata, lapor sebuah akhbar Amerika Syarikat.

“Ia satu bentuk protes. Ia sesuatu yang ramai orang teringin hendak katakan kepada presiden,” kata penuntut berusia 21 tahun di Caracas kepada akhbar Miami Herald.

Syarikat yang menjual nada dering itu dapat mengelakkan masalah perundangan melanggar hak imek Raja dengan menggunakan pelakon untuk mengucap kata-kata itu.

Pertengkaran itu bermula pada Persidangan Ibero-Amerika di ibu negara Chile, Santiago, Sabtu lalu apabila Chavez berulang kali menggelar Aznar, sekutu rapat Presiden George W Bush fasis sambil menambah ‘golongan fasis bukan manusia dan ular sebaliknya lebih bersifat manusia’. - Agensi
0 Komentar untuk "Suara Chavez jadi nada dering telefon"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI