PATHARGHATA: Bangladesh merayu masyarakat antarabangsa memberi bantuan tambahan untuk membantu mangsa ribut Sidr, ketika pasukan mencari dan menyelamat memperhebatkan gerakan dengan angka kematian rasmi kini meningkat lebih 3,100 orang.
Seorang pegawai kanan kerajaan berkata masih ramai mangsa yang kelaparan dan keletihan belum menerima sebarang bantuan makanan, air bersih, ubat-ubatan dan khemah sementara, berikutan masalah perhubungan.
Angkatan tentera Bangladesh meningkatkan usaha menyelamat untuk membolehkan mereka sampai lebih cepat ke kawasan bencana, manakala helikopter melakukan lebih banyak penerbangan untuk sampai ke kawasan bencana.
Seorang pegawai kanan pusat kawalan yang dibuka Khamis lalu, berkata tentera berjaya tiba di kira-kira 70 peratus daripada kawasan yang terjejas untuk menyampaikan bantuan.
“Kami sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan tambahan daripada masyarakat antarabangsa untuk membantu mangsa yang kini terdesak. Kami juga sedang berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Bangladesh.
Kerajaan berkata, bantuan antarabangsa bernilai AS$120 juta (RM406 juta) sudah dijanjikan negara penderma setakat ini, tetapi bantuan segera seperti khemah, beras dan air lambat diterima kebanyakan mangsa ribut terburuk yang pernah melanda Bangladesh dalam tempoh sedekad itu.
Di Patharghata, sebuah bandar perniagaan di Teluk Benggala, lebih 100 wanita berkumpul di sebuah kawasan lapang dengan harapan mendapat bantuan.
“Saya sudah menunggu di sini sejak beberapa jam lalu untuk mendapatkan makanan dan minuman, tapi saya tidak pasti sama ada kami akan menerimanya.
“Sejak tiga hari lalu, saya cuma menerima biskut dan beberapa botol air” kata Safura Begum, 45, seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak.
Ribut Sidr melanda pesisir pantai Bangladesh Khamis lalu, menyebabkan berpuluh ribu orang kehilangan kediaman dan kini dalam keadaan amat terdesak untuk mendapatkan bantuan.
Sehingga kelmarin, angka kematian rasmi mencapai 3,113 orang selepas Dhaka menerima laporan dari beberapa kawasan bencana yang sebelum ini terputus hubungan, kata Leftenan Kolonel Main Ullah Chowdhury, jurucakap angkatan tentera yang menyelaraskan semua gerakan mencari dan menyelamat.
Media tempatan melaporkan lebih 4,000 orang mungkin terbunuh, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah negara itu berkata angka terakhir kematian mungkin mencapai 10,000 orang. - AP
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Tun Mahathir - Akaun Peribadi 1. Dalam usaha menghalalkan tuduhan terhadap Najib kerana memasukkan dalam akaun peribadinya wang sebanyak RM2.6 bill…
UMNO kekal utuh bersatu hadapi pelbagai cabaran Mungkinkah pengguguran Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie A…
Mohamad Nafi Kata Umno Perlu Tanding Semua 36 Kerusi DUN N. Sembilan SEREMBAN: Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan mengeluarkan kenyataan bahawa Umno negeri ini tidak memerlukan parti kom…
Ahli Pas Dilantik Sebagai Ahli Majlis MBPP Mahu Sertai GHB GEORGE TOWN: Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd Nasir Yahya yang dilantik semula ke jawatan itu berhasrat …
SPRM Sahkan Dana RM2.6 Bilion Bukan Wang 1MDB PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada Isnin, hasil siasatan Pasukan Petugas K…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Bangladesh mohon bantuan antarabangsa"