PHNOM PENH: Ketua pusat penyeksaan terbesar Khmer Rouge, Kaing Guek Eav atau ‘Duch’ dihadapkan ke mahkamah pada hari pertama sesi perbicaraan awam tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat kekejaman rejim itu pada 1970-an.
Duch kelihatan tenang ketika diiringi pengawal ke kamar mahkamah bagi mendapatkan perintah jaminan menjelang perbicaraan yang dijangka bermula pada 2008.
Duch didakwa melakukan jenayah kemanusiaan Julai lalu. Dia ditangkap pada 10 Mei 1999 dan dipenjarakan di Kemboja sebelum dipindahkan di bawah jagaan tribunal.
Duch yang memakai kemeja lengan pendek putih, berdiri ketika namanya disebut dan merapatkan kedua-dua tapak tangan sebagai tanda hormat kepada lima panel hakim di sebelahnya.
Peguam belanya memberitahu mahkamah, Duch wajar dibebaskan serta-merta berikutan dia sudah dipenjarakan tanpa bicara selama lapan tahun.
Duch, 66, didakwa melakukan jenayah kemanusiaan berikutan peranan sebagai ketua penjara Tuol Sleng yang turut dikenali sebagai S-21 di ibu negara Kemboja, Phnom Penh.
Kira-kira 16,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak diseksa di penjara itu antara 1975 hingga 1979 dan kemudian dibawa pergi untuk dibunuh. Hanya 14 orang dipercayai terselamat.
“Ketika mengetuai penjara itu penyeksaan yang tidak terkira jumlahnya dilakukan termasuk pembunuhan beramai-ramai, penahanan secara sewenang-wenang dan penderaan,” kata seorang hakim yang membacakan pertuduhan daripada fail kes Duch.
Beratus-ratus wartawan, pemerhati antarabangsa dan orang awam memenuhi kawasan mahkamah di pinggir Phnom Penh untuk menyaksikan perbicaraan itu, yang dilaksanakan selepas 30 tahun rejim itu digulingkan.
“Tiga puluh tahun sudah berlalu tetapi apa yang berlaku tetap kekal dalam ingatan saya,” kata Sin Khor, 58, yang kehilangan suami dan dua abangnya ketika pemerintahan Khmer Rouge. - AP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
KAHERAH - MESIR. Tentera Mesir, kelmarin memusnahkan lima lagi terowong di kawasan Gerbang Salah Ed-Deen, timur Rafah di selatan Gentin...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
LGE said:: BN and UMNO conducts the Teluk Intan by-election in the same manner they run the country, by appealing to your worst fears and u...
-
Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 di Sabah. P.167 KUDAT Pengundi: 52,251 (M-6.41%, C-9.39%, I-0.16%, B-72.84%...
-
KUALA LUMPUR - Salah faham mengenai hudud timbul kerana ia tidak disebut bersekali dengan takzir yang juga sebahagian daripada Undang-un...
-
http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=219&t=15938 Police force needs to be bolder and ready to face change KUALA LUMPUR:...
-
Oleh Roslan SMS Saya telah sebutkan sebelum ini dan hari ini terbukti serangan DAP ke atas PAS masih berterusan. The Star Online melap...
-
LUMRAH sebagai selebriti, setiap perkara yang dilakukan, sering menjadi perhatian masyarakat khususnya peminat. Malah, kecanggiha...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin




0 Komentar untuk "Pegawai Khmer Rouge didakwa"