Penentang kerajaan dibebaskan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penentang kerajaan dibebaskan

ISLAMABAD 20 Nov. – Pakistan hari ini mula membebaskan lebih 5,000 peguam, penyokong pembangkang dan aktivis hak asasi manusia yang ditahan di bawah perintah darurat yang diisytiharkan oleh Presiden Pervez Musharraf dua minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pakistan, Javed Iqbal Cheema berkata pada satu sidang akhbar di sini bahawa kira-kira 3,400 tahanan dibebaskan hari ini dan kira-kira 2,000 lagi akan dibebaskan tidak lama lagi.

Tahanan-tahanan itu dibebaskan beberapa jam selepas hakim-hakim yang dilantik oleh Pervez mengetepikan prosedur undang-undang yang mencabar pemilihan semulanya yang dipertikaikan sebagai presiden.

Pihak pembangkang mengecam keputusan itu sebagai tidak sah dan mendesak Pervez supaya melepaskan kuasanya untuk menghentikan pergolakan politik yang melanda negara ini.

Presiden Pakistan itu menghadapi tekanan hebat daripada pergerakan pembangkang, Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan di negara-negara Barat supaya menarik balik perintah darurat yang beliau umumkan pada 3 November lalu.

– Reuters

0 Komentar untuk "Penentang kerajaan dibebaskan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI