Wanita lebih utama beli-belah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wanita lebih utama beli-belah

LONDON: Wanita lebih menghargai peluang membeli belah yang disifatkan lebih menyeronokkan berbanding mengadakan hubungan seks, kata penyelidik, seperti dilaporkan akhbar Daily Mail.

Ia berdasarkan kajian yang mendapati empat dalam 10 wanita berpendapat demikian dan separuh daripada wanita yang sudah berkahwin selama 20 tahun atau lebih bahagia tanpa melakukan hubungan seks langsung.

Statistik mungkin kedengaran satu penghinaan kepada suami tetapi masih ada berita baik bagi lelaki kerana 72 peratus isteri masih menginginkan suami masing-masing, memberikan pasangan mereka tujuh daripada 10 mata atau lebih tinggal pada skala tarikan seksual.


Bagaimanapun, malam perkahwinan bukan loncatan melakukan hubungan seks dan satu pertiga pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks pada malam perkahwinan mereka, menurut penyelidikan bagi majalah First.

Satu perlima wanita antara usia 45 dan 54 tahun pernah berkahwin dua kali dan lebih dua pertiga daripada mereka berpisah dalam masa 10 tahun pertama perkahwinan masing-masing.

Secara keseluruhan, 37 peratus responden berkata mereka gembira dalam perkahwinan tanpa hubungan seks, dengan perangkaan mencecah separuh daripada wanita yang berkahwin lebih 20 tahun. - Agensi

0 Komentar untuk "Wanita lebih utama beli-belah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI