Krisis Mesir: AU gantung keahlian Mesir
Kesatuan Afrika mengadakan sidang bagi status Mesir di Afrika.
ADDIS ABABA - Kesatuan Afrika (AU) semalam, menggantung keahlian Mesir selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi.
Memetik laporan PressTV, Setiausaha Keamanan dan Majlis Keselamatan AU, Admore Kambudzi berkata, AU menggantung semua aktiviti sehingga Perlembagaan baru dibentuk di negara itu.

“Kami memutuskan untuk menggantung penyertaan Mesir dalam semua aktiviti AU sehingga negara terbabit mempunyai Perlembagaan sah,” katanya selepas mesyuarat AU di Afrika.

Menurutnya, tindakan itu diambil sejajar dengan Perlembagaan Mesir yang tidak diiktiraf selepas rampasan kuasa berlaku.