Tangani rogol dan porno di Kelantan dulu, nasihat Syed Azmi kepada PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tangani rogol dan porno di Kelantan dulu, nasihat Syed Azmi kepada PAS



PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol dan konsert di ketika pelbagai gejala sosial membelenggu negeri yang ditadbir parti Islam itu.

Beliau mengulas kejadian seorang remaja 17 tahun dirogol 6 lelaki berusia antara 20-32 tahun di Pasir Mas awal bulan ini.

“Saya serius, amat menyedihkan apabila Serambi Mekah tercabar dengan insiden sebegitu,” kata aktivis yang kerap memperjuangkan isu penderaan seksual melibatkan kanak-kanak, dalam catatan Facebook.

Syed Azmi berkata Pemuda PAS seharusnya menumpukan tenaga mereka mengatasi jenayah seperti itu, di samping berusaha menyelesaikan isu ketagihan bahan lucah.

Laporan Google Trends bulan lalu mendapati carian internet untuk pelakon filem lucah dari Jepun, Maria Ozawa, paling banyak berasal dari Kelantan dan Terengganu.

“Maaf saya menaip di sini, tetapi Pemuda PAS perlu fokus kepada isu ini (rogol) atau pornografi, lebih daripada menggesa pengharaman alkohol, konsert, rumah untuk perempuan yang mengandung di luar nikah, dan isu-isu lain,” kata Syed Azmi.

Menurutnya, Pemuda PAS yang “lantang bising-bising” memperjuangkan isu moral perlu bermula dari negeri yang ditadbir mereka sendiri.

“Hukuman tidak akan berkesan, siapa akan membantu perempuan yang trauma itu?” soal beliau merujuk mangsa kes rogol beramai-ramai itu.
“Kehidupannya sudah hancur.”

0 Komentar untuk "Tangani rogol dan porno di Kelantan dulu, nasihat Syed Azmi kepada PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI