Bangladesh rayu lebih banyak bantuan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bangladesh rayu lebih banyak bantuan

PATHARGHATTA, Bangladesh 20 Nov. – Bangladesh merayu lebih banyak bantuan antarabangsa bagi membantu beribu-ribu mangsa Taufan Sidr yang membadai kawasan pesisir pantai negara ini sehingga menyebabkan lebih 3,113 orang maut.

Bekalan makanan, air bersih dan khemah perlindungan sementara masih tidak dapat dihantar ke kawasan yang memerlukan dengan penduduk dilanda kebuluran dan tiada bekalan air.

“Kami mengalu-alukan lebih banyak bantuan masyarakat antarabangsa. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk kami sendiri,” menurut kenyataan Kementerian Luar.

Kerajaan menyatakan, bantuan antarabangsa bernilai AS$120 juta (RM408 juta) telah dijanjikan tetapi bantuan seperti khemah, beras dan air terlalu lambat untuk dihantar kepada mangsa taufan terburuk melanda Bangladesh dalam tempoh sedekad.

Di Patharghatta, bandar perdagangan di Teluk Bengal, lebih 100 wanita berhimpun hari ini dengan harapan mendapat bantuan.

“Saya sudah menunggu di sini untuk tempoh beberapa jam dengan harapan mendapat sedikit makanan dan air minum,” kata Safura Begum yang mempunyai tiga orang anak.

“Saya mendapat sedikit biskut dan beberapa botol air sejak tiga hari yang lepas,’ Kata wanita berusia 45 tahun itu.

Taufan yang melanda pesisir pantai Bangladesh Khamis lalu menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan terdesak mengharapkan bantuan.

Persatuan Bulan Sabit merah Bangladesh menganggarkan angka kematian mencecah 10,000 orang.

– AP

0 Komentar untuk "Bangladesh rayu lebih banyak bantuan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI