Rumah tandas dibuka untuk orang ramai - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rumah tandas dibuka untuk orang ramai


RUMAH berbentuk tandas berharga RM5.4 juta milik Sim Jae-duck di Suwon, selatan Seoul ini dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula semalam sehingga beliau dan keluarganya berpindah masuk ke rumah itu nanti. – Reuters.

SEOUL 11 Nov. – Pemilik satu-satunya rumah berbentuk mangkuk tandas di dunia, Sim Jae- duck, 74, hari ini membuka rumahnya itu untuk tontonan umum sebelum dia dan keluarganya mula tinggal rumah tersebut.

Rumah dua tingkat dengan keluasan 419 meter persegi (4,508 kaki persegi) itu terletak di Suwon, 40 kilometer ke selatan Seoul.

Ia berjaya disiapkan lebih awal dengan sebuah taman kecil dan anak sungai serta tanda nama yang tertera ‘Rumah Mr. Toilet’.

Selain itu, rumah tersebut turut dilengkapi sebuah tandas mewah di bahagian tengahnya yang berdindingkan kaca dengan alat khas bagi menghasilkan wap bagi mengelakkan penggunanya merasakan terlalu ‘terdedah’.

Selain itu, tandas tersebut turut dipasang mangkuk tandas dengan tudung yang dinaikkan secara automatik dan memainkan muzik setiap kali seseorang masuk ke tandas tersebut.

Jae-duck berharap dapat menyewakan rumah tandas itu dengan harga AS$50,000 (RM165,958) sehari sebelum dia mendudukinya bagi mengumpulkan dana untuk menyediakan kemudahan kebersihan untuk 2.6 bilion penduduk dunia yang masih hidup tanpa tandas yang lengkap.

Jae-duck yang dilahirkan ibunya di dalam tandas mengikut tradisi tempatan supaya umur anak panjang, kini merupakan seorang Ahli Parlimen Korea Selatan.

Beliau bakal melancarkan Persatuan Tandas Sedunia hujung bulan ini bagi mempromosikan kempen kebersihan dan keindahan tandas ke seluruh dunia.

– AFP

0 Komentar untuk "Rumah tandas dibuka untuk orang ramai"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI