Raja Sepanyol suruh Chavez 'tutup mulut' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Raja Sepanyol suruh Chavez 'tutup mulut'

SANTIAGO: Kelancangan Presiden Venezuela, Hugo Chavez, berulang kali menggelar bekas Perdana Menteri Sepanyol sebagai 'fasis' menaikkan kemarahan Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos yang menyuruhnya 'menutup mulut', kelmarin.

Chavez yang menggelar Presiden George W Bush sebagai 'penjahat' di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu, mencetuskan pertikaman lidah berkaitan bekas Perdana Menteri Sepanyol, Jose Maria Aznar.

Chavez menggelar Aznar 'fasis' sebagai sekutu kuat Bush ketika menjadi Perdana Menteri.

Chavez berkata demikian ketika berucap di persidangan Ibero-Amerika di Santiago, ibu negara Chile.

"Orang fasis bukan manusia. Ular lebih bersifat manusia daripada mereka," katanya.

Perdana Menteri Sepanyol ketika ini, Jose Luis Rodriguez Zapatero, memberi reaksi pada masa diperuntukkan kepadanya dengan menggesa Chavez lebih diplomatik dalam kata-katanya dan menghormati pemimpin lain.

"Aznar dipilih secara demokratik oleh rakyat Sepanyol dan wakil sah negara. Presiden Hugo Chavez, saya rasa ada prinsip penting perbincangan iaitu hormat dan dihormati, berhati-hati jangan sampai menghina," katanya yang disambut tepukan ketua negara lain.

Chavez berulang kali cuba menyampuk tetapi mikrofon tidak berfungsi.

Juan Carlos yang duduk bersebelahan Zapatero, dengan marah beralih kepada Chavez dan berkata: "Mengapa anda tidak tutup mulut saja?"

Dia tidak segera memberi tindak balas tetapi kemudian menggunakan masa yang diberikan oleh Presiden Nicaragua, Daniel Ortega, untuk menjawab Zapatero. � AP
0 Komentar untuk "Raja Sepanyol suruh Chavez 'tutup mulut'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI