Iftikhar terlibat rasuah – Pervez - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Iftikhar terlibat rasuah – Pervez

ISLAMABAD 11 Nov. – Presiden Pervez Musharraf hari ini mendakwa bekas Ketua Hakim Negara, Iftikhar Muhammad Chaudhry terlibat dalam rasuah serta pelbagai penyelewengan dan menegaskan beliau tidak mungkin mendapat semula jawatan itu.

Katanya, Iftikhar campur tangan dalam kes-kes yang diperdengarkan di mahkamah, rasuah peribadi, gangguan terhadap kakitangan awam dan mencari pengaruh dalam proses penswastaan.

“Beliau hanya mahu yang terbaik sahaja untuk dirinya tanpa mengira hak orang lain, adakah ini yang dinamakan undang-undang?” tegasnya.

Menurut Pervez, Iftikhar dan enam Hakim Mahkamah Agung dipecat kerana menolak untuk mengangkat sumpah berikutan pengisytiharan darurat negara ini.

“Sudah semestinya. Siapa yang tidak mengangkat sumpah akan kehilangan jawatan mereka. Dalam kes ini, mereka bukan hakim lagi,” katanya.

Pervez berkata, beliau telah meminta kesemua tujuh hakim yang diketuai oleh Iftikhar itu untuk mengangkat sumpah di bawah arahan sementara bagi menggantikan perlembagaan namun ditolak oleh mereka.

Pertelingkahan antara Musharraf dan Iftikhar telah lama tercetus sejak pertama kali beliau uba memecat Ketua Hakim itu Mac lalu.

Bagaimanapun percubaan tersebut telah menemui kegagalan dan mencetuskan bantahan jalanan di seluruh negara.

– AFP

0 Komentar untuk "Iftikhar terlibat rasuah – Pervez"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI