Bukan wanita lebih banyak bercakap - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bukan wanita lebih banyak bercakap

WASHINGTON: Lelaki sebenarnya lebih banyak bercakap berbanding wanita, menurut kajian yang dilaporkan akhbar The Telegraph.

Penyelidik memeriksa lebih 70 kajian mengenai tabiat bercakap kedua-dua jantina dan mendapati lelaki lebih berkemungkinan menguasai perbincangan dan akan menyumbang, secara purata, bilangan perkataan lebih tinggi.

Bagaimanapun, walaupun hasil menunjukkan kecenderungan konsisten bagi lelaki untuk lebih banyak bercakap berbanding wanita secara keseluruhan, perbezaannya kecil dan kedua-dua jantina hampir sama.

Kajian disiarkan dalam jurnal Personality and Social Psychology Review, mendapati lelaki cenderung lebih bercakap dalam perbincangan suami isteri, perbincangan membabitkan kedua-dua jantina dan keadaan yang menyaksikan topik perbincangan tidak dipersetujui.

Perbandingannya, wanita mengatasi lelaki apabila berbincang di kalangan rakan sekelas, ibu bapa dan anak-anak serta apabila topik perbincangan memerlukan luahan perasaan.

Pakar psikologi sosial, Campbell Leaper dan Melanie Ayres, di Universiti California, menganalisis bukti dari penyelidikan saintifik selama berdekad-dekad dan kajian ke atas 4,380 untuk mencapai rumusan mereka.

Leaper berkata: “Hasil kajian kami membongkar stereotaip perbezaan jantina dalam penggunaan bahasa. – Agensi
0 Komentar untuk "Bukan wanita lebih banyak bercakap"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI