Ketua Pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah berlaku penetrasi dalam kes liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 3 November, 2014.
Menegaskan hujah yang penetrasi memang berlaku dalam kes tuduhan liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, pihak pendakwa berkata tiada kecederaan atau koyakan pada pengadu ialah kerana pelincir yang digunakan, di samping kemungkinan 'pengalaman terdahulu' sebelumnya.
Ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah menentang pihak pembela yang mengatakan tuduhan liwat itu tidak mungkin berlaku kerana tiadanya koyakan atau kecederaan pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan liwatnya terhadap Saiful pada 26 Jun 2008.
"Kecederaan tidak wujud kerana penggunaan pelincir, tidak ada paksaan digunakan dan kelewatan berjumpa doktor. Dan saya tambah juga, mungkin kerana terdapat kejadian serupa sebelum ini," kata Shafee memberitahu panel lima hakim di mahkamah hari ini.
Beliau menambah: Kami tidak berminat dengan fakta ini jika benar terdapat kejadian sebelumnya, tapi itu akan menjelaskan banyak perkara yang bersifat fakta dalam kes ini."
Minggu lepas, semasa memulakan hujah pendakwaan, Shafee berkata Anwar dan Saiful mungkin menjalin "hubungan" kerana elaun dan faedah yang diterima Saiful semasa bekerja dengan ketua pembangkang itu.
Shafee berkata, perayu dan pengadu mempunyai pengalaman seksual sebelumnya berdasarkan pertanyaan berbaur seksual yang Anwar tanyakan kepada Saiful.
Hari ini, Shafee menolak dakwaan pembelaan mengatakan bukti DNA tercemar akibat cara pengendalian yang salah oleh pegawai polis dan ketidakmampuan pakar kimia kerajaan.
Shafee berkata, jika berlaku degradasi, DNA tersebut mungkin tidak boleh dibaca langsung.
"Ini saya ingin tekankan. Jika ada degradasi, ia tidak boleh dibaca. Identiti DNA tidak boleh ditukar akibat degradasi - ia sama ada boleh baca atau tidak.
"Sebab itu (DNA milik mangsa) MH17 masih boleh dibaca... terdapat bahagian (yang boleh dibaca). Ia masih elok, degradasi yang tidak mencapai tahap itu," katanya.
Shafee berkata, perkataan "pristine" (suci bersih) yang digunakan bagi menggambarkan keadaan sampel yang diambil tidak pernah disebut pakar kimia kerajaan, tetapi diperkenalkan pakar pihak pembela.
"Untuk mengatakan DNA tersebut berada pada tahap 'pristine', itu salah petik (misquote)," katanya di mahkamah.
Pasukan pembelaan Anwar dianggotai 14 peguam diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Perbicaraan bermula Selasa lepas dan pada asalnya dijadualkan berlangsung dua hari tetapi mahkamah memutuskan memanjangkannya sehingga esok.
Pihak pembela mengambil masa 3 hari minggu lepas berhujah mengenai sampel DNA yang digunakan semasa perbicaraan terdahulu, yang didakwa tercemar kerana kesilapan dalam mengendalikannya dan ketidakcekapan forensik.
Peguambela juga mencabar kredibiliti Saiful sebagai saksi, membangkitkan percanggahan yang wujud antara kenyataannya dan bukti lain, serta cuba menghapuskan kaitan antara profil DNA yang dijumpai pada barangan dikatakan digunakan Anwar semasa di dalam lokap polis dan sampel diambil dari rektum Saiful.
Anwar dibebaskan Mahkamah Tinggi pada Januari 2012 selepas satu perbicaraan panjang berdasarkan keterangan yang bukti DNA itu tidak boleh dipercayai.
Pihak pembelaan sedang berusaha mengembalikan keterangan ini.
Pembebasan Anwar dibatalkan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadapnya, tetapi pelaksanaannya diberi penangguhan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Ketua pembangkang itu dituduh meliwat Saiful, di sebuah apartmen di Damansara pada 26 Jun, 2008.
Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar. Pertama pada 1998, apabila beliau masih memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan. Ketika itu beliau dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar, namun dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan membenarkan permintaan pendakwa bagi hukuman yang lebih berat yang boleh mencapai sehingga 20 tahun penjara mengikut undang-undang. – 3 November, 2014.
* Laporan dibantu Tarani Palani, The Edge Financial Daily.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shafee-beritahu-mahkamah-penetrasi-memang-berlaku#sthash.Q0rTvbsI.dpuf

0 Komentar untuk "Shafee bangkitkan ‘pengalaman terdahulu’ sebagai bukti Anwar meliwat "