Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada jurugambar ketika tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 November, 2014.
Pendakwaan dalam rayuan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha membuktikan yang pemimpin politik tersebut ada menggunakan barangan dalam lokap polis di mana beliau ditahan dan dari mana DNAnya diambil.
Pendakwa utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini, berdasarkan keterangan langsung, Anwar menggunakan item tersebut, khususnya botol air mineral.
"(Terdapat) keterangan langsung yang botol air mineral ini... dibawa oleh dia (Anwar ) sendiri ke dalam lokap. Tiada siapa yang akan membawa (botol air) jika dia tidak menggunakannya," katanya.
Shafee menyanggah hujah pasukan pembelaan Anwar minggu lalu mengatakan barangan yang diambil dari lokap untuk pengambilan sampel DNA diperolehi melalui "tipu helah".
Peguambela Anwar berkata tidak ada keterangan langsung membuktikan Anwar memang benar menggunakan item di dalam lokap itu iaitu botol air, berus gigi dan tuala 'Good Morning'.
Pakar kimia kerajaan mendapati sampel DNA pada bahan bukti itu sepadan dengan seorang "lelaki Y" yang DNAnya juga ditemui dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwa bertegas mengatakan "lelaki Y" tersebut ialah Anwar, sementara pihak pembelaan mengatakan bukti tersebut tidak boleh dipercayai kerana ia tidak dikendalikan dengan baik dan dicemari.
Shafee memberitahu mahkamah Anwar hanya satu-satunya tahanan dalam lokap, apabila beliau ditahan semalaman untuk membantu siasatan terhadap dakwaan liwat Saiful pada 2008.
Memetik keterangan pegawai polis yang mengiring Anwar ke lokap, Shafee membaca petikan laporan pegawai polis tersebut yang mengatakan Anwar membawa botol air ke dalam selnya.
Beliau kemudiannya berhujah, tiada keterangan diberi pihak pembelaan yang menafikan ia botol yang sama dibawa dari luar masuk ke sel itu.
Shafee berkata, tiada seorang pun dari pegawai polis yang bertugas mengendalikan barangan dalam lokap itu disoal balas oleh peguambela semasa peringkat perbicaraan.
Katanya, ‘sudah terlambat’ sekarang untuk membawa perkara yang sepatutnya dihujahkan semasa peringkat perbicaraan.
Shafee berhujah yang walaupun sekiranya barangan dari lokap itu diperolehi secara tidak sah, bukti tersebut masih boleh diterima kerana nilainya kepada keseluruhan kes itu.
Katanya, nilai bukti yang diperolehi secara "tidak sah" lebih tinggi daripada nilai mudaratnya.
Beliau kemudian membacakan undang-undang kes yang menunjukkan keterangan sedemikian boleh diterima.
Anwar memilih tidak memberi sampel DNAnya dengan menolak swab bagi tujuan itu semasa di Hospital Kuala Lumpur di mana beliau dibawa selepas ditangkap.
Shafee berkata, hak Anwar tidak mahu memberi sampelnya dihormati. Putik kapas yang digunakan untuk mencalit kawasan duburnya tidak dikemukakan sebagai bukti kemudiannya.
"Betapa kami patuh kepada permintaannya. Dia kata, tidak, jangan ambil apa-apa dari tubuh saya. Putik kapas itu boleh jadi (bukti) DNA yang sangat berkuasa," katanya.
Pihak pendakwa juga membangkitkan hujah pembelaan mengatakan penahanan Anwar di dalam lokap tersebut tidak sah.
Shafee berkata, hujah pihak pembelaan tidak disampaikan dengan berkesan.
Katanya, peguam Anwar sebelum itu sudah pun berhubung dengan pegawai penyiasat mengenai penahanan tersebut.
Beliau juga memberitahu mahkamah, mengikut Seksyen 377B Kanun Prosedur Jenayah (liwat) yang digunakan bagi mendakwa Anwar, tiada waran tangkap diperlukan.
Pihak polis juga bertegas mengatakan mereka sudah memberitahu Anwar asas penahanan tersebut, kata Shafee.
"Ia penahanan yang sah... beliau diberitahu asasnya... dan beliau diberitahu sebaik tiba di balai polis, tidak ada pelanggaran hak di sini.
Hujah pembelaan yang Anwar dan peguamnya tidak tahu alasan penahanannya itu sama seperti meminta kita percaya lembu boleh melompat menyeberangi bulan," kata Shafee.
Pasukan peguam bela Anwar dianggotai 14 peguam diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Rayuan Anwar didengar di depan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Anwar dibebaskan Mahkamah Tinggi pada Januari 2012 selepas satu perbicaraan panjang.
Keputusan itu dibatalkan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini dan pelaksanaan hukuman penjara lima tahunnya diberi penangguhan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Ketua pembangkang itu dituduh meliwat Saiful, di sebuah apartmen di Damansara pada 26 Jun, 2008.
Ini adalah kali kedua Anwar dihadapkan dengan kes liwat. Pertama pada 1998, apabila beliau masih memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan. Ketika itu beliau dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar, namun dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan membenarkan permintaan pendakwa bagi hukuman yang lebih berat yang boleh mencapai sehingga 20 tahun penjara mengikut undang-undang. – 3 November, 2014.
* Laporan dibantu Tarani Palani, The Edge Financial Daily.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rantaian-bukti-dna-tiada-masalah-kata-pendakwaan-dalam-kes-liwat-anwar#sthash.V5x4DzH3.dpuf

0 Komentar untuk "Bukti ‘tidak sah’ boleh diterima jika relevan, mahkamah kes Anwar diberitahu"