BN luluskan tapak gereja pada 2001, kata exco MBPJ - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BN luluskan tapak gereja pada 2001, kata exco MBPJ

Ahli majlis MBPJ, Cynthia Gabriel berkata tidak ada masalah dengan pembinaan gereja Praise Emmanuel Assembly kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 November, 2014.
Tapak gereja yang dirancang dibina di Petaling Jaya, yang menjadi tumpuan satu demonstrasi hari ini, diberi milik dan diwartakan pada 2001 sebagai tempat ibadah, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Ahli majlis (exco), Cynthia Gabriel berkata, tidak ada masalah dengan pembinaan gereja empat tingkat Praise Emmanuel Assembly itu kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi.

"Tanah ini diwartakan pada 2001 di bawah BN. Oleh itu, jika semua keperluan undang-undang dan prosedur diikuti, MBPJ tidak mendapati sebarang masalah dengan pembinaan gereja itu," Cynthia memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau mengulas demonstrasi pagi ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan Islam bergelar Pertubuhan Sahabat membantah pembinaan gereja baru.
NGO itu mengatakan sudah terdapat 3 gereja di sekitar kawasan itu, dan menambah, sebuah gereja baru tidak wajar dibina dalam kejiranan yang 70% daripada penduduknya beragama Islam.

Mereka mengadakan tunjuk perasaan di lokasi pembinaan gereja itu di Jalan PJS 8/9, mengatakan tindakan itu satu penghinaan kepada umat Islam yang tinggal di sana.

Beliau berkata, mereka tidak menentang pembangunan gereja, tetapi lokasinya mestilah sesuai.

Jurucakap NGO itu, Ishak Maarof, dilaporkan berkata, MBPJ mendakwa mereka sudah memanggil pendengaran awam, tetapi tegasnya, baik kumpulannya mahu pun wakil surau atau masjid itu ada dimaklumkan mengenai hal itu.

"Hakikat yang ia dilakukan secara senyap-senyap, pada pandangan kami, ialah satu agenda berniat jahat terhadap orang Islam di sini," beliau dipetik berkata sebuah portal berita.

Ishak juga mengadu yang selain dari kawasan itu merupakan kawasan orang Islam, lokasinya juga tidak sesuai kerana gereja empat tingkat itu dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan dan laluan LRT yang baru.

"Saya ingin nak tahu mengapa apabila sebuah gereja yang dirancang, ia akan segera muncul tetapi apabila surau atau masjid yang akan dibina, prosesnya serinng memakan masa.

"Majoriti di Selangor orang Melayu... Sultan Melayu, menteri besar Melayu, ketua polis negeri pun Melayu, pentadbiran negeri juga Melayu, apa agama mereka (pihak berkuasa tempatan)?" katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Ishak juga mengecam Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad kerana tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang tinggal di kawasan itu. – 2 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-luluskan-tapak-gereja-pada-2001-kata-exco-mbpj#sthash.yEhhT7Y9.dpuf
0 Komentar untuk "BN luluskan tapak gereja pada 2001, kata exco MBPJ "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI