Perbezaan mazhab diraikan, namun konsensus tetap kepada Syafi’i, kata Jamil Khir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Perbezaan mazhab diraikan, namun konsensus tetap kepada Syafi’i, kata Jamil Khir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menolak pandangan lain berhubung isu jilatan anjing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 November, 2014.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini tidak menolak pandangan mazhab lain berhubung isu jilatan anjing, namun pandangan mazhab Syafi'i tetap menjadi konsensus umat Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, jika ada pandangan yang berbeza, majlis fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri membuat keputusan berhubung pandangan mazhab lain, termasuk dalam isu jilatan anjing.

"Kita setuju. Kita raikan pelbagai pandangan mazhab. Tetapi, konsensus di Malaysia ialah, dalam mana-mana pandangan, kita bermazhabkan Syafi'i. Ini diputuskan.

"Kalau ada pandangan dari mazhab yang lain itu, ia juga diputuskan majlis fatwa kebangsaan dan negeri lain," katanya pada satu sidang media sempena Multaqa Kebangsaan Biro Agama Umno di Kuala Lumpur.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan cucu kepada bekas mufti Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Hassan berkata umat Islam di Malaysia tidak perlu taksub kepada pegangan Imam Syafi'i semata-mata yang mendakwa jilatan anjing ialah najis, tetapi perlu melihat isu itu dalam kerangka yang lebih luas.

Katanya, soal jilatan anjing ialah khilafiah (isu yang mempunyai perbezaan pendapat di kalangan ulama), maka umat Islam diberi kebebasan merujuk hukumnya sama ada kepada mazhab Syafi'i atau Maliki.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpegang kepada mazhab Syafi'i. Bagi Syafi'i, jilatan anjing dan anjing itu sendiri adalah najis. Bagi Imam Malik tidak begitu. Ia sangat jelas.

"Imam Malik merupakan guru kepada Syafi'i. Dalam konteks itu, ada perbezaan pendapat," kata cucu kepada mufti Kelantan pada 1908, Wan Musa Abdul Samad, kepada The Malaysian Insider.

“Bagi mazhab Maliki, air liur, peluh dan anjing itu sendiri tidak najis. Pendapat yang masyhur dalam pandangan Malikiah begitu. Bila timbul dua pandangan berbeza, sepatutnya kita dibenarkan bertaklid," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider. – 2 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perbezaan-mazhab-diraikan-namun-konsensus-tetap-kepada-syafii-kata-jamil-kh#sthash.2Ly4Jvvr.dpuf
0 Komentar untuk "Perbezaan mazhab diraikan, namun konsensus tetap kepada Syafi’i, kata Jamil Khir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI