Pertahan keutuhan parti, Presiden dan Majlis Syura - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pertahan keutuhan parti, Presiden dan Majlis Syura


Komentar
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan berikrar serta bertekad mempertahankan keutuhan parti dari sebarang usaha untuk mengikis keyakinan ahli terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulamak PAS.
Demikian antara resolusi Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan hari ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM.

Munaqasyah itu dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS WIlayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad diikuti dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa membentangkan kerja kerja kedua sementara Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at Takiri menyampaikan ulasan selepas Pelancaran Tabung Kebajikan DPPWP.
Resolusi penuh sebagaimana di bawah.
PAS Wilayah Persekutuan berikrar untuk terus beristiqamah mempertahankan prinsip perjuangan syariat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS.
PAS Wilayah Persekutuan berikrar untuk terus beristiqamah untuk menjadi benteng mempertahankan PAS dari sebarang bentuk perancangan untuk mengalihkan dasar asal perjuangannya dan memecahkan perpaduan PAS.
PAS Wilayah Persekutuan berikrar serta bertekad mempertahankan keutuhan parti dari sebarang usaha untuk mengikis keyakinan ahli terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden dan Majlis Syura Ulamak PAS.
PAS Wilayah Persekutuan juga menegaskan untuk terus memperkasakan dan menjadikan agenda tarbiah sebagai teras untuk memperkukuhkan kekuatan jentera di semua peringkat.
PAS Wilayah Persekutuan juga bertekad untuk menjadikan perjuangan membela kebajikan rakyat yang tertindas sebagai sebagai tradisi sunnah perjuangan untuk merealisasikan Negara Berkebajikan seperti mana yang menjadi matlamat hala tuju parti.
Jentera parti di Wilayah Persekutuan wajib menggunakan secara optimum ruang media baru yang sedia ada untuk membuka ruang dialog dengan pelbagai segmen masyarakat.

PAS Wilayah Persekutuan juga bertekad memastikan organisasi parti di semua peringkat digerakkan pada tahap yang paling optimum untuk menggempur pelbagai usaha yang cuba untuk menghalang kemaraan PAS sebagai parti alternatif rakyat Malaysia. -HARAKAHDAILY 2/11/2014
0 Komentar untuk "Pertahan keutuhan parti, Presiden dan Majlis Syura"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI