Kami ada hak cabar fatwa, kata SIS pada Azmin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kami ada hak cabar fatwa, kata SIS pada Azmin



NGO Sisters in Islam (SIS) hari ini menegaskan adalah menjadi hak mereka untuk mencabar fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap mereka.

Mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Pengurus Program SIS Suri Kempe berkata NGO itu boleh mengambil tindakan undang-undang kerana asas kebebasan mereka telah disekat.

"Sudah tentu kami berhak secara undang-undang untuk mencabar sesuatu yang cuba menyekat kebebasan yang dijamin dalam perlembagaan sebagai dasar kita?" soalnya.

Beliau juga mahu penjelasan daripada Azmin berhubung maksud kenyataannya bahawa fatwa yang mengharamkan NGO itu kerana menyebarkan "liberalisme dan pluralisme" mestidihormati.

.............
Note: Lihat mereka yang bersama dengan SIS 
0 Komentar untuk "Kami ada hak cabar fatwa, kata SIS pada Azmin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI