Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ mungkin diupah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ mungkin diupah


Analisis IsuMERBOK – Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ perlu mendedahkan nama individu yang mengupahnya untuk menulis buku tersebut.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, perkara itu penting bagi membolehkan Pas mengenal pasti individu berniat jahat terhadap parti.

Beliau berkata, beberapa fakta dalam buku tersebut adalah tidak benar dan cuba memburukkan imej Pas.

“Saya melihat ulasan dalam buku itu cuba menggambarkan bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah punca kepada kekalahan Pas Kedah pada PRU13 lalu.

“Dakwaan itu berniat jahat. Allahyarham banyak buat pembaharuan sepanjang lima tahun mentadbir negeri ini,” katanya selepas menghadiri program Nekad 3.0 di Madrasah Zubaidiyah,  semalam.

Menurutnya, perkara diberi perhatian semasa pentadbiran Pas Kedah ialah pendidikan, kebajikan, tadbir urus dan pengurusan pegawai.

“Sedangkan analisis dibuat mendapati, terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada kekalahan Pas di Kedah, tetapi pihak berkenaan cuba meletakkan kekalahan itu kepada Azizan,” katanya.



Mengulas kemungkinan individu dalam Pas Kedah yang menjadi dalang, beliau berkata, ia hanya dapat didedahkan oleh penulis itu sendiri.

“Sebelum ini penulis pernah memaklumkan, beliau seperti diupah individu tertentu untuk menulis buku tersebut.

“Hanya penulis sahaja yang tahu siapa yang mengupahnya. Kalau dia dedah, baru kita tahu siapa,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, beberapa fakta penting berkaitan politik Kedah didakwa diselewengkan.

Menurut laporan itu, Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penulis berkenaan didapati memutar belit fakta dan urutan sejarah selain cuba menggambarkan Pas Kedah bawah kepimpinan Azizan bersikap tidak menghormati pihak lain, terutamanya DAP
0 Komentar untuk "Penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah’ mungkin diupah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI