Rasa lemah? Mengantuk? Letih? Memang mustahil untuk kita dapatkan tidur yang secukupnya pada setiap malam. Mungkin ada kerja yang harus di siapkan sehingga lewat malam, sukar tidur dan sebagainya. Namun masalah untuk kekal segar dan bertenaga boleh di atasi dengan memakan makanan yang berkualiti. Mari kita lihat makanan-makanan yang boleh membantu meningkatkan tenaga kita seharian.
Ikan Salmon
Banyak nutrisi yang terkandung dalam ikan salmon contohnya mineral, vitamin dan omega-3 yang terbukti boleh merangsang emosi. Tubuh anda juga menggunakan ia untuk membina otot-otot dan tisu badan selain daripada menambahkan pengeluaran tenaga pada badan. Ia turut merangsang aktiviti otak, peredaran darah dan kesihatan jantung anda.
Telur ayam
Telur merupakan makanan yang sangat tepat semasa bersarapan pagi. Ini kerana telur adalah tinggi dalam protein dan juga zat besi yang membantu memberikan tenaga yang secukupnya untuk aktiviti seharian. Telur mengandungi choline iaitu sejenis vitamin B yang dapat terlibat dalam fungsi otak, ingatan, metabolisme, sistem saraf dan tentunya pengeluaran tenaga.
Oat
Sajian ringkas seperti oat adalah amat sesuai untuk merangsang tenaga tubuh badan anda. Ianya sarat dengan magnesium, kalium, vitamin E, vitamin B, kalsium, protein dan banyak lagi. Selain daripada membantu memperbaiki sel kulit anda, ia juga menjadi pilihan yang tepat untuk anda yang mengalami tekanan dan keletihan kerana ia merangsang tenaga dalam badan. Campurlah oat anda bersama buahan beri dan kismis untuk jadikan ia lebih enak.
Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks". Visit kevinzahri.com
http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition/article/articleid/327023/makanan-yang-membantu-meningkatkan-tenaga
0 Komentar untuk "Makanan yang Membantu Meningkatkan Tenaga"