Identiti sebenar lelaki, Saiful jadi tanda tanya - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Identiti sebenar lelaki, Saiful jadi tanda tanya

Ipoh: Identiti individu yang meninggalkan kanak-kanak lelaki berusia em-
pat tahun di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kinta di sini, masih menjadi tanda tanya.

Situasi itu terbongkar apabila keluarga yang mendakwa diberi amanah menjaga budak terbabit sejak kecil, mengesahkan lelaki yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM itu, bukan bapanya. Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah, Mohd Mahir Mohd Tahir, berkata keluarga berkenaan menghubunginya malam kelmarin, selepas kisah kanak-kanak itu disiarkan televisyen.


“Ahli keluarga itu mengesahkan lelaki dalam CCTV itu bukan bapa kanak-kanak terbabit tetapi mereka juga tidak mengenali dan mengetahui identitinya. Dia juga memaklumkan nama kanak-kanak lelaki itu bukan Saiful.

“Pagi tadi (semalam) keluarga itu bertemu dengan kanak-kanak terbabit dan mereka juga menyerahkan beberapa dokumen berkaitan.


Enggan ulas 

“Saya tidak boleh memberi ulasan lanjut termasuk bagaimana kanak-kanak itu boleh bersama lelaki berkenaan kerana kita perlu merujuk dan membuat semakan lanjut dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya masih menyiasat identiti lelaki itu.

Kelmarin, JKM mendedahkan rakaman CCTV menunjukkan kelibat lelaki terbabit membawa kanak-kanak itu ke pejabat berkenaan pada jam 9.02 pagi Khamis lalu sebelum meninggalkannya di situ.

Hasil perbualan, kanak-kanak itu memaklumkan namanya sebagai Saiful dan lelaki yang meninggalkannya adalah bapanya.

Berikutan itu, pihak berkuasa sedang mengesan lelaki berkenaan selepas pihak JKM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) manakala mangsa kini diletakkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Identitisebenarlelaki_Saifuljaditandatanya/Article
0 Komentar untuk "Identiti sebenar lelaki, Saiful jadi tanda tanya"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI