Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kita ke-56, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah bersama kerajaan negeri itu mengambil inisiatif menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat menerusi landasan seni budaya, lebih-lebih lagi suasana kini sarat dengan rasa kecintaan pada negara.

Sempena Malam Puisi & Lagu, penyanyi Ramli SArip dan kumpulan lagu puisi terkenal, Kopratasa bakal menghiburkan orang ramai dalam persembahan istimewa mereka yang akan berlangsung di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, Pumpong, Alor Setar, pada esok (2 September). Penyanyi itu akan mendendangkan beberap alagu puisi dan kerohanian.
Disertai penyair besar 


Persembahan dua nama besar itu adalah sebahagian acara berkenaan yang turut menyajikan pelbagai kegiatan berunsur puisi termasuk delkamasi pusi yang membabitkan penyair besar dari kalangan juara dan finalis sayembara Deklamasi Pusi Merdeka peringkat kebangsaan termasuk Pusi Hadi, Azmi Ismail, Suliha Yusuf dan Wan Ismalindawati Wan Ismail, selain penampilan Datuk Shohaimi Shahadan dan Jamawi Jaafar.


Turut diundang ialah penerima Anugerah Karyawan Seni Negara, Khalid Salleh yang turut mendeklamasikan puisi beliau sendiri.

Persembahan nyanyian lagu puisi juga akan dimeriahkan dengan kumpulan Muzik Aklustika JKKN Kedah. Persembahan akan dimulakan jam 8 malam dan terbuka kepada orang ramai secara percuma.
Pengarah JKKN Kedah, Mutalib Abdul Rahman, berkata program Malam Puisi & Lagu anjuran pihaknya bersama Kerajaan Kedah adalah sempena bulan kemerdekaan dan teras aktiviti pembudayaan bahasa, iaitu kesinambungan aktiviti pembudayaan bahasa JKKN Kedah seperti pesta pantun, dimensi khat dan bengkel monolog.

Katanya, pengisian pada malam 2 September itu dijadualkan akan turut disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang merasmikan program berkenaan, selain beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi di depan penonton.

Ahli Exco Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa belia dan Sukan Kedah, Tuan Aminuddin Omar serta beberapa pembesar negeri dijangka turut mengambil bahagian menyerikan lagi program berkenaan.