Pemuda taja tiket tayangan Tanda Putera - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemuda taja tiket tayangan Tanda Putera

Mohd Zaidi bersama ahli Wanita, Puteri dan Pemuda menunjukkan 
tiket filem Tanda Putera selepas 160 tempat duduk pawagam
 disewa Pemuda bahagian Permatang Pauh, semalam. - Foto Asman Ibrahim/bh]

Bukti sokong filem didik rakyat mengenai sejarah negara

Butterworth: Sebanyak 160 tempat duduk sebuah pawagam Cineplex Prai di sini, yang disewa Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh, dipenuhi orang ramai tengah hari semalam, demi menonton filem, Tanda Putera.
Tiket tayangan itu ditaja sepenuhnya Pemuda UMNO Permatang Pauh, sebagai tanda sokongan kepada penayangan filem berkenaan yang mampu mendidik rakyat negara ini berhubung sejarah negara. . 

Penayangan Tanda Putera tidak sewajarnya dipertikai Kerajaan DAP Pulau Pinang, kerana pengisiannya sarat mesej positif untuk rakyat,” Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh


Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, berkata tempat yang penuh membuktikan penonton tidak mempedulikan propaganda Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang memburukkan filem berkenaan.

“Penayangan Tanda Putera tidak sewajarnya dipertikai Kerajaan DAP Pulau Pinang, kerana pengisiannya sarat mesej positif untuk rakyat,” katanya.

Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, pula menyediakan 303 tiket sebagai sokongan terhadap filem itu.

Semarak semangat patriotik 

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya menyediakan tiket itu dalam usaha menyemarakkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan anak muda yang cuba dinafikan hak mereka oleh kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng yang pada asalnya melarang penayangan filem itu di Pulau Pinang adalah tindakan terburu-buru bermotifkan politik.

“Orang ramai boleh mendapatkan tiket ini dengan menjawab beberapa soalan patriotik menerusi facebook (Dato’ Sohaimi Shahadan) atau laman peminat saya. Tiket ini untuk tayangan di Queensbay Mall, Pulau Pinang, Ahad depan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, percaya Guan Eng mengeluarkan arahan itu kerana filem terbabit menayangkan pembabitan DAP dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

“Guan Eng takut kerana filem itu mendedahkan tembelang DAP sebenarnya. Beliau patut tanya kepada ayahnya, Lim Kit Siang, betulkah DAP terbabit sama dalam peristiwa 13 Mei?,” katanya.

“Saya yakin bantahan Guan Eng bukan berpunca daripada adegan orang kencing di kediaman Menteri Besar Selangor (Datuk Harun Idris) ketika itu, tetapi adanya adegan pembabitan DAP ketika peristiwa 13 Mei,” katanya.

0 Komentar untuk "Pemuda taja tiket tayangan Tanda Putera"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI