Sarawak ngap Kenari, Singa bangkit - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sarawak ngap Kenari, Singa bangkit

Kuching: Sarawak merampas kedudukan teratas Kumpulan D selepas membaham Sang Kenari 4-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya, manakala Perak tunduk 1-2 kepada Lions XII dalam perlawanan penuh kontroversi di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

Sarawak yang menurunkan kesebelasan utama bermula garang tetapi hanya berjaya membolosi gawang Kedah yang dikawal Mohd Sheril Anuar Sani pada minit 54 menerusi rembatan kencang Zamri Morshidi yang lolos perangkap ofsaid.
Kedah yang cuba mengatur serangan tersentak lagi apabila tindakan kurang bijak penjaga golnya keluar dari kotak penalti bagi mengeluarkan bola dimanfaatkan Muamer Salibasic yang menyepak dari jarak hampir 30 meter untuk gol kedua pada minit ke-62.

Bujang Senang memperoleh gol ketiga dan keempat melalui penyerang sensasinya, Bobby Gonzales pada minit ke-74 dan 77 bagi melengkapkan malam penuh bermakna tuan rumah disaksikan 25,000 penyokong setia.

Di Stadium Jalan Besar, anak buah Azraai Khor Abdullah terlepas peluang merakam kemenangan yang mampu menutup peluang juara Liga Super, Lions XII ke suku akhir apabila tewas 2-1 malam tadi.

Kekalahan itu lebih mengecewakan apabila ketika kedudukan ketika terikat 1-1, pengadil Nafeez Abdul Wahab menafikan bola tandukan Paolo Rangel (m-78) yang sudah melepasi garisan gol dan ditangkap penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud .

Sebelum itu Perak bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Mohd Noor Hazrul Mustafa pada minit ke-66 – lima minit selepas Lions XII membuka jaringan hasil gerakan menarik kapten pasukan, Hariss Harun.
Selepas diselamatkan oleh keputusan kontroversi Nafeez, Lions XII kembali di depan apabila hantaran jauh Izwan terus kepada Safuwan Baharuddin yang mengawal bola dengan kemas sebelum menewaskan Farizal Marlias.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SarawakngapKenari_Singabangkit/Article

0 Komentar untuk "Sarawak ngap Kenari, Singa bangkit"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI