SHAH ALAM – Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah meyifatkan tindakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka kelmarin sebagai perbuatan menghina kedaulatan negara dan tidak seharusnya dibiarkan terus berlaku.
“Saya rasa ini adalah provokasi yang cuba dilakukan Hishamuddin Rais. Ia juga satu cubaan untuk menimbulkan ketegangan.
“Terutama sekali untuk mempengaruhi anak muda tentang kebencian terhadap semangat kemerdekaan, bendera Malaysia dan kerajaan Malaysia sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Semalam tersebar dua video yang menunjukkan aktivis politik, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.
Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.
Mengulas lanjut, Azwanddin berpandangan, “tujuan (kibar bendera Sang Saka) untuk menanam semangat kebencian ini sudah lama kita tahu. Jadi, ia seolah-olah cuba mencabar Perlembagaan negara kita. Bagi saya, ini sikap yang cukup biadab.”
Beliau berpendapat, pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani tindakan tersebut.
“Sepatutnya kita berlaku lebih tegas. Pihak-pihak tertentu perlu mengambil kejadian ini sebagai perkara serius kerana ia tak boleh dibiarkan terus berlaku.
“Jika perkara ini masih berterusan, pihak berkuasa wajib mengambil tindakan segera terhadap mereka. Terutama ambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.

0 Komentar untuk "Kibar Sang Saka Malaya tindakan biadap"