Vietnam minta jiran lindungi nelayan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Vietnam minta jiran lindungi nelayan

HANOI: Vietnam meminta negara berhampiran memberikan perlindungan kepada beribu-ribu nelayannya dari ribut tropika yang kini berhampiran dengan kepulauan Spratly di Laut China Selatan, kata kerajaan negara itu semalam.

Hampir 74,000 nelayan yang bekerja di luar pantai Vietnam berada pada laluan Ribut Hagibis semalam dan 58 daripada mereka mendapatkan permintaan untuk berlindung di sebuah pulau di Filipina, kata kerajaan itu dalam satu laporan bencana.

Kelmarin, Menteri Luar Hanoi menghantar satu nota diplomatik ke Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand meminta mereka membantu nelayan Vietnam berikutan ribut terbabit, yang ke tujuh melanda Vietnam tahun ini menuju ke Spratly.


Kepulauan terbabit adalah gugusan lebih 100 pulau tropika kecil dan terumbu karang antara selatan Vietnam dan selatan Filipina di tengah Laut China Selatan.

Hagibis bermaksud ‘ketangkasan’ dalam bahasa Tagalog dan dikenal pasti sebagai ribut 23W yang akan mendarat di bandar peranginan Phan Thiet, Vietnam hujung minggu ini, kata halaman Tropical Storm Risk.

Ia juga akan memberi ancaman bahaya kepada selatan Vietnam sebuah wilayah jarang dilanda taufan atau ribut tropika. - Reuters

Related Post

  • GLOBAL : AHAD 19 JULAI 2009Misteri serangan bomJUMAAT lalu, seperti hari-hari Jumaat yang lain, tiada yang luar biasa,bahkan kebanyakan warga Jakar…
  • RENCANA : AHAD 19 JULAI 2009Benarkah OPM bertanggungjawab?SITUASI di Papua terus panas. Selang sehari selepas seorang wargaAustralia ditembak mati, …
  • POLITIK : AHAD 19 JULAI 2009UMNO tidak terkejutKLUANG 18 Julai - Tindakan bekas Ketua MCA Bahagian Bakri, Datuk ChuaJui Meng menyertai Parti Keadila…
  • AGAMA : AHAD 19 JULAI 2009Mikraj ke Sidratul MuntahaPERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari MasjidilHaram menuju Masjidil Aqsa,…
  • JENAYAH & MAHKAMAH : AHAD 19 JULAI 2009Penjenayah dikehendaki parah ditembakKAJANG 18 Julai - Seorang penjenayah yang dikehendaki kerana terlibatdalam beberapa…
0 Komentar untuk "Vietnam minta jiran lindungi nelayan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI