Anak Thaksin diburu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Anak Thaksin diburu

Thailand mahu dapat semula cukai, denda

BANGKOK: Thailand memburu aset anak Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan selepas mereka gagal membayar sejumlah AS$355 juta (RM1.18 bilion) dalam bentuk cukai dan denda berkaitan dengan jualan empayar keluarga terbabit, kata seorang pegawai cukai semalam.

Jabatan Hasil Dalam Negeri menghantar surat kepada bank dan firma kewangan mencari aset milik anak lelaki dan perempuan Thaksin, Phantongtae dan Pinthongta, kata Sanit Rangnoy, ketua jabatan terbabit.

"Kami menjangka dapat merampas aset terbabit dari institusi kewangan terbabit daripada awal Disember," kata Sanit kepada Reuters.

Rampasan bermula selepas rayuan panel jabatan terbabit menangguhkan perintah dari badan antirasuah yang dibentuk pihak tentera yang menggulingkan Thaksin dalam rampasan kuasa tahun lalu.

Jawatankuasa antirasuah memerintahkan anak Thaksin melanggar undang-undang cukai ketika jualan saham berjumlah AS$3.8 bilion (RM12.69 bilion) membabitkan firma telekomunikasi Shin Corp kepada syarikat Singapura, Temasek.

Tarikh akhir pembayaran semula cukai dan denda berjumlah 12 bilion baht (RM1.18 bilion) sudah berakhir sekali gus membenarkan pihak berkuasa cukai mula membuat rampasan, kata Sanit.

Kedua-dua mereka adalah pengarah kelab bola sepak Manchester City yang dibeli bapa mereka Julai lalu boleh merayu terhadap rampasan Jabatan Hasil Dalam Negeri itu melalui Mahkamah Cukai, kata pegawai terbabit. Tiada sebarang ulasan dari mereka sehingga kini.

Jualan bebas cukai Shin menimbulkan kemarahan penduduk golongan pertengahan yang melancarkan demonstrasi jalanan di Bangkok sehingga membawa kepada penyingkiran Thaksin yang pernah dua kali memenangi pilihan raya umum.

Phantongtae dan Pinthongta, kedua-dua mereka berusia 20-an memperoleh saham Shin melalui syarikat Thaksin yang diasaskan dengan harga 1 baht sesaham.

Mereka kemudian menjual 329 juta saham dalam Shin yang ada kepentingan dalam telekomunikasi, satelit dan televisyen kepada Temasek dengan harga 49.25 baht sesaham. - Reuters

FAKTA NOMBOR
Aset keluarga Thaksin

RM1.18b - Cukai perlu dibayar anak Thaksin
RM12.69b - Nilai jualan saham

Related Post

  • RENCANA : ISNIN 10 OGOS 2009Jangan cabuli wasiatTITAH Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Dewan Bahasa dan Pustakabaru-baru ini yang menggarisk…
  • GLOBAL : ISNIN 10 OGOS 2009Helikopter bertembung pesawat kecil di New YorkNEW YORK 9 Ogos – Sembilan orang dipercayai terbunuh selepas sebuahheliko…
  • HIBURAN : ISNIN 10 OGOS 2009Tetamu kecil Suria FMSEJAK memulakan operasi penyiaran lima tahun lalu, inilah kali pertamaSuria FM bersiaran bersama te…
  • AGAMA : ISNIN 10 OGOS 2009Pemuda pertama peluk IslamMUNGKIN ada di kalangan kita yang merasakan tidak penting, siapa yangterdahulu dan terkemudian…
  • Pilihan raya kecil Permatang Pasir 25 OgosPilihan raya kecil Permatang Pasir 25 OgosPengerusi: Pemilihan tarikh juga ambil kira bulan Ramadan, cuti sekolah Oleh G…
0 Komentar untuk "Anak Thaksin diburu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI