BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

DI sebalik beberapa isu tempatan, perhatian Awang tidak dapat lari kepada perkembangan politik di Pakistan.

Politik negara itu yang sentiasa diwarnai pergolakan cukup menarik untuk dijadikan bahan kajian, renungan mahupun pengajaran.

Terbaru, Presiden Pervez Musharraf dijangka melepaskan jawatan sebagai ketua turus tentera. Semua orang tahu beliau menerajui Pakistan menerusi rampasan kuasa.

Apa akan jadi setelah jawatan tentera itu dilepaskan? Apakah nanti akan bermulanya fasa baru – tentera tidak lagi berperanan dwifungsi dalam pentadbiran negara sebagaimana di Indonesia dan beberapa negara Afrika?

Awang lontarkan persoalan ini kerana tentera sentiasa membayangi politik Pakistan. Ia menjadikan tentera begitu berpengaruh biarpun ketika negara itu ditadbir oleh orang awam.

Dalam kes Musharraf, Awang melihat Pakistan masih memerlukan kepimpinannya apatah lagi rakyat juga bosan dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Awang percaya jika diberi peluang, Musharraf boleh memimpin negara kuasa nuklear Islam itu ke era lebih berjaya.

Awang – Tunggu episod kemuncak.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI