Imran Khan dibebas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Imran Khan dibebas

ISLAMABAD 21 Nov. – Pihak berkuasa Pakistan hari ini membebaskan tokoh politik yang melancarkan mogok lapar dari penjara, Imran Khan setelah dipenjarakan pada minggu lepas kerana mengetuai perarakan pelajar bagi menentang pemerintahan darurat yang dilancarkan Presiden Jeneral Pervez Musharraf.

“Kami telah membebaskan Imran atas arahan kerajaan negeri.

“Saya sendiri telah melihat beliau di pintu depan penjara,” kata pengarah penjara Dera Ghazi Khan yang terletak di Punjab, Sheikh Inamur Rehman.

“Seramai 250 banduan turut dibebaskan di Punjab selain Imran,” kata Inamur lagi.

Imran yang juga legenda kriket Pakistan telah ditahan minggu lepas dan didakwa di bawah undang-undang anti-pengganas.

“Ini adalah satu tindakan murni oleh kerajaan sementara bagi memberi peluang kepada beliau untuk terlibat dalam kempen pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi,” kata seorang pegawai kanan kerajaan.

– Agensi

0 Komentar untuk "Imran Khan dibebas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI