Seleweng: Chirac disoal siasat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Seleweng: Chirac disoal siasat

PARIS 21 Nov. – Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac, telah disoal siasat hari ini atas tuduhan menyalah guna dana milik kerajaan ketika beliau menjadi Datuk Bandar Paris.

Tindakan ini merupakan yang pertama dilakukan terhadap seorang bekas ketua negara berkenaan untuk disoal siasat atas tuduhan jenayah.

Awal pagi ini Chirac telah disoal siasat oleh hakim buat kali kedua sejak beliau hilang imuniti sebagai Presiden setelah meletak jawatan pada Jun lalu.

Peguam beliau, Jean Veil berkata:

“Soal siasat itu dijalankan berikutan dakwaan dana milik Majlis Perbandaran Paris digunakan bagi membayar gaji beberapa individu yang dikaitkan dengan perhimpunan Parti Republik yang tiada kaitan dengan majlis perbandaran.”

Jumlah mereka yang disoal siasat kini mencecah 20 orang.

Pada Julai lalu, Chirac yang pernah menjadi Datuk Bandar Paris pada 1977 hingga 1995 telah disoal siasat di pejabat beliau oleh hakim yang sedang menyiasat tentang satu lagi pertuduhan kes rasuah.

– AFP

0 Komentar untuk "Seleweng: Chirac disoal siasat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI