Oleh Azrul Affandi Sobry
Kesilapan fakta, isu kurang sesuai perlu disemak semula bagi elak pelajar keliru
LANGKAH kerajaan untuk membekalkan buku teks secara percuma kepada semua pelajar tanpa mengira taraf pendapatan mulai tahun depan pastinya disambut baik dan menjadi berita gembira kepada semua lapisan masyarakat.
Tetapi di sebalik berita gembira itu, terselit kisah kandungan buku teks yang bukan saja silap fakta malah perlu semakan semula kerana isu dipaparkan sudah kurang relevan dengan perkembangan terkini.
Kebanyakan buku teks yang masih digunakan di sekolah dicetak dan diterbitkan pada 2000 hingga 2002, menyebabkan ada antara isu sudah kurang relevan jika terus digunakan pada ketika ini. Malah, ada fakta dalam buku teks yang dikesan tidak menepati fakta sebenar sehingga menyebabkan pelajar terus disogok dengan sesuatu yang salah sehingga memasuki menara gading.
Ia pastinya menjadi sesuatu yang mengecewakan sekiranya pelajar tidak didedahkan dengan realiti sebenar sejarah negara lantaran terlalu banyak pengisian yang cuba disumbat dalam buku teks yang puratanya hanya setebal 250 halaman.
Mustahil sesuatu peristiwa itu dapat dihuraikan secara terperinci dan ia sekali gus menyebabkan pelajar sekadar belajar mengenai apa dan bila sesuatu peristiwa itu berlaku, tetapi tidak memahami mengapa dan apa kesannya kepada peradaban masyarakat.
Istilah yang digunakan dalam buku teks juga kadangkala gagal diterjemahkan secara jelas menyebabkan pelajar hanya tahu menghafal, tetapi gagal memahami apa sebenarnya berlaku dalam sesuatu peristiwa.
Cakap-cakap ramai lagi ahli akademik yang mendakwa sudah lama mendengar cerita guru di sekolah tidak gemar menggunakan buku teks kerana pelbagai alasan sewajarnya cukup untuk membuka mata pihak bertanggungjawab meneliti semula kandungan dalam buku teks.
Guru pula pastinya sentiasa mengharapkan anak didiknya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi buku teks tidak menyediakan latihan yang menepati sasaran itu, sudahnya buku kerja juga menjadi pilihan utama.
Manakan tidak, guru saban hari terus menerima tekanan daripada pelbagai pihak yang menilai kemampuan mereka hanya dengan melihat berapa ramai pelajar memperoleh keputusan A dalam peperiksaan. Salah siapa? Kementerian juga mensyaratkan kemasukan ke universiti adalah menerusi kecemerlangan dalam peperiksaan.
Justeru, isu ini perlu dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran kerana sekiranya ia tidak ditangani segera, nyata sekali bekalan buku teks ke sekolah akan menjadi satu pembaziran jika tidak digunakan secara optimum.
Harusnya, pendedahan isu ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana pastinya keputusan membekalkan buku teks kepada semua pelajar adalah sesuatu yang sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan memberikan pendidikan seimbang kepada semua peringkat pelajar.
Namun, lantaran keprihatinan banyak pihak yang tidak mahu berlakunya pembaziran, cadangan supaya kementerian menyemak semula bahan dalam buku teks dan memberi lebih kebebasan kepada kelompok guru menyatakan pandangan adalah langkah yang sepatutnya diberi perhatian.
Tidak salah rasanya jika kementerian turun padang menyelami hati guru pada setiap peringkat dan meminta pandangan mereka mengenai apa yang kurang serta apa yang perlu ditambah baik supaya satu hari nanti buku teks mampu menjadi bahan pengajaran terulung di sekolah.
Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dalam kes ini, begitu banyak dalih yang diberikan guru menunjukkan ramai tidak mahu menggunakan buku teks. Justeru, kajian segera harus dibuat supaya dalih itu tidak berbunyi lagi dan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan.
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
UMNO Buatkan Bukan Islam mcm MCA terima hududhttp://mynewshub.my/2012/11/03/pas-punca-bukan-islam-tidak-terima-hudud/…
Nurul's watershed idea for the nation http://www.malaysiakini.com/letters/213465 The Malaysiakini report on Nurul Izzah Anwar's statement&nb…
Insaniah terima penarafan ‘Tier 4’ (Sangat Baik) dari Menteri Pengajian Tinggi Kolej Sigi pun lagi hebat dari Kolej Universiti Insaniah http://kedahla.blogspot.com/2012/11/jangan-jealous-nuu-kpt…
Transcript of Nurul Izzah's Q&A at forum http://www.malaysiakini.com/news/213783 Last Saturday's forum in Subang Jaya, on the topic 'Islamic state: Which vers…
Siapakah Yang Masuk Syurga? http://israelu09.blogspot.com/2010/03/adakah-muslim-dijamin-masuk-syurga.html Dalam Qur'an Allah berfirman seper…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN UTUSAN) KONFLIK di Darfur, perang di Iraq, pertikaian di Kashmir, kemelut di Afghanistan dan krisis susu...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
Langkawi now offers helicopter rides to tourists LANGKAWI: Tourists to Langkawi can now enjoy a helicopter ride to several destinat...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri B...
-
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pad...
-
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tampil-menawan-setiap-masa-1.182525 Pengurus Besar Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura,...
-
Taiwan hantar 4,000 askar tambahan CISHAN, Taiwan 13 Ogos – Tentera Udara Taiwan hari ini menghantar 4,000anggota tambahan untuk membantu me...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Laporan Khas:Kandungan buku teks biar relevan"