Cinta Harry, Davy berkecai - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Cinta Harry, Davy berkecai

LONDON 11 Nov. – Putera Harry dilaporkan telah berpisah dengan teman wanitanya, Chelsy Davy berikutan kegagalan putera itu menghadiri majlis hari jadi ke-22 Davy kerana berada di Perancis bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia Kesatuan Ragbi.

Akhbar News of the World yang memetik sumber beberapa ‘sahabat’ Davy melaporkan, pelajar jurusan undang-undang di bandar Leeds itu semakin jelik dengan perangai Harry yang sering mabuk dan tidak bertanggungjawab.

Menurut akhbar itu, Davy memutuskan hubungan mereka melalui beberapa panggilan telefon kepada putera berusia 23 tahun itu awal bulan ini.

Sebuah gambar turut menunjukkan Harry dan abangnya, Putera William, 25, serta beberapa orang rakan di Stade de France di Paris pada 22 Oktober lalu sedang menyaksikan perlawanan akhir, yang menyaksikan England tewas kepada Afrika Selatan.

Dalam pada itu, akhbar The Mail hari ini memaparkan gambar Harry di dalam sebuah kereta bersama seorang wanita misteri berambut perang di London malam kelmarin.

Akhbar itu mendakwa putera tersebut menghabiskan masa satu jam berbual dengan wanita tersebut.

The Mail turut melaporkan ancaman Harry mengenai ‘sedia untuk berhenti’ dari perkhidmatan tentera kecuali beliau dibenarkan ke Afghanistan bersama skuadronnya.

Harry yang merupakan seorang leftenan kedua di dalam rejimen Blues and Royals, Houshold Cavalry, dihalang daripada menyertai skuadron itu ke Afghanistan Mei lalu.

– AFP

0 Komentar untuk "Cinta Harry, Davy berkecai"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI