BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

KHABAR gembira peneroka Felda boleh meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan wajar menjadi satu lagi bukti dan galakan bahawa seseorang petani boleh berjaya jika memberi tumpuan sewajarnya kepada bidang yang diceburi.

Selain faktor-faktor luaran yang membantu, faktor asas kepada kejayaan seseorang tanpa mengira bidang yang diceburi, kegigihan bekerja sudah tentu satu kemestian. Tanpa kesungguhan, kejayaan tidak mudah dicapai.

Memang benar, peningkatan pendapatan peneroka berkenaan turut dibantu oleh kenaikan harga kelapa sawit. Namun apa maknanya kenaikan harga komoditi di pasaran jika petani tidak membuat persediaan awal – menyediakan kebun sawit yang boleh mendatangkan hasil yang banyak lagi bermutu. Sudah tentu untuk menyediakan kebun yang bermutu, banyak tuntutan yang diperlukan dan antaranya sudah tentu kerja keras dan rajin ke kebun. Tiada makna harga kelapa sawit naik mencanak jika seseorang pekebun sawit itu tiada apa yang hendak dijual.

Awang – Anak petani.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI