Oleh Ismail Mat dan Wan Faizal Ismayatim
Kempen promosi TMK�08 dianggap kurang imiginatif untuk menarik kehadiran pelancong asing
MESKIPUN 2007 hanya berbaki kurang dua bulan lagi, acara Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK�08) yang diuar-uarkan kerajaan Pas Kelantan masih belum terasa bahangnya. Kelantan khususnya Kota Bharu ketika ini masih dipenuhi pelbagai kain rentang berunsur kepartian serta pelbagai aktiviti lain yang tiada kaitan dengan TMK.
Keadaan itu membuatkan program TMK dijangka tewas dalam saingan menarik pelancong asing ke negeri itu kerana diadakan serentak dengan Tahun Melawat Terengganu (TMT) tahun depan.
Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata kempen TMK kurang imiginatif berbanding usaha yang sudah dan sedang dilakukan Terengganu.
"Sejak lima bulan lalu, Terengganu sudah mengeluarkan senarai produk pelancongan yang berpotensi menarik kehadiran pelancongan asing selain Piala Monsoon yang sudah terkenal di seluruh dunia. Malangnya di Kelantan, walaupun sebagai Adun, kita tidak jelas apa yang dilakukan kerajaan Pas berhubung TMK, yang hanya tinggal tidak lama lagi," katanya.
Annuar berkata, selain kurangnya kempen promosi mengenai TMK'08, pada ketika ini Kelantan juga masih lemah dalam aspek perkhidmatan kepada pelancong.
Secara sinis, katanya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, wajar melantik orang baru sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan supaya usaha menarik pelancong ke negeri itu berjalan lebih agresif.
Usaha membangunkan air terjun Gunung Stong yang berpotensi menarik pelancong asing juga kelihatan tertangguh meskipun ia sudah diumumkan sekian lama.
Malah, persetujuan kerajaan negeri menyerahkan pembangunan dan pengurusan kawasan pelancongan Gunung Stong itu kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) belum terlaksana.
Pengerusi Kesedar, Datuk Ramzi Abd Rahman, berkata sehingga kini, pihaknya tidak dapat melakukan pembangunan dan menjalankan promosi menarik pelancong ke Gunung Stong.
Katanya, ini berikutan pengurusan Stong Hill Resort (SHR) belum diserahkan kepada Kesedar walaupun sepatutnya dilakukan Ogos lalu berikutan beberapa masalah dengan kerajaan negeri.
"Kesedar sudah menyiapkan semua dokumen berkaitan perjanjian penyerahan Gunung Stong, tetapi sehingga kini belum dimeterai kerana menunggu hasil perbincangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan kerajaan negeri.
"Ini menyebabkan Kesedar tidak dapat melakukan promosi besar-besaran bagi menarik pelancong ke Gunung Stong sempena TMK yang hanya tinggal kurang dua bulan lagi," katanya.
Sementara itu, sumber Tourism Malaysia mengakui, jumlah pelancong asing yang melawat Kelantan sejak awal tahun ini hingga kini terus berkurangan, walaupun kehadiran pelancong tempatan menggalakkan.
"Walaupun pelancong tempatan ramai, mereka tidak banyak menyumbang kepada ekonomi negeri kerana perbelanjaan lebih tertumpu kepada membeli barang buatan Thailand yang dijual di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.
"Sehingga kini, walaupun ada, tetapi sukar untuk kita temui apa-apa bahan berkaitan kempen TMK, malah maskotnya juga belum ada, sedangkan tahun baru menjelang tidak lama lagi lagi," katanya.
Hakikatnya, sektor pelancongan Kelantan sehingga kini, masih bergantung kepada pelbagai produk lama dan sedia ada yang tidak diselenggara dengan baik.
Sukar dipastikan sama ada Pasar Siti Khatijah yang terkenal itu, sudah bebas sepenuhnya daripada status sebagai lokasi yang menjadi koloni tikus terbesar di bandar itu.
Begitu juga Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang beroperasi serba daif hingga memalukan penduduk tempatan untuk membawa tetamu membeli-belah, meskipun sering digembar-gemburkan sebagai destinasi mesti dilawati.
Pantai Cahaya Bulan sudah bertukar menjadi cahaya batu lantaran kehadiran benteng bongkah batu yang memenuhi kawasan itu bagi menyelamatkannya daripada ditelan hakisan ombak.
Kebanyakan pantai lain di Kelantan termasuk Pantai Irama, Pantai Seri Tujuh dan Pantai Bisikan Bayu sekadar indah khabar daripada rupa, lantaran tiada usaha menjadikan kawasan terbabit seindah nama masing-masing.
Segala yang terbentang di depan mata itu mungkin mewajarkan luahan Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) Kelantan, Abdul Aziz Derashid, yang menyifatkan kerajaan Pas Kelantan gagal dalam mempromosikan Kelantan menjelang Tahun Melawat Kelantan 2008.
Katanya, kegagalan menjalankan kempen TMK dengan sempurna bakal menjadikan ia sebagai satu lagi kegagalan kerajaan Pas Kelantan sejak mentadbir negeri 17 tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, menafikan kerajaan Pas Kelantan gagal dalam usahanya mempromosikan TMK'08
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya turut dibawa ke luar negara oleh Tourism Malaysia bagi mempromosikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan.
"Dalam program promosi seperti di Berlin, Dubai, Medan dan United Kingdom, ia berjaya memperkenalkan pakej pelancongan serta mengadakan hubungan dengan ejen pelancongan luar negara untuk membawa pelancong ke Kelantan," katanya.
BERITA INFORMASI TERKINI
Related Post
Tidak sanggup berdepan rakyat, Azmin potong gaji MB, exco, speaker dan timbalan Menteri Besar Selangor Azmin Ali (tengah) berkata gajinya, exco, speaker dan timbalan akan dipotong dan cadangan baka…
Pas akan disingkir hanya spekulasi A LOR SETAR - Pemimpin PR disarankan menerima pandangan secara positif antara satu sama lain sekiranya berlaku perb…
Ulasan Muktamar PAS Ke-60: Bahagian I "Saya sebenarnya menunggu untuk pimpinan membuat teguran atau ulasan berhubung apa yang telah berlangsung sepanjang mu…
Ziana korban masa demi keluarga “BILA bercakap mengenai pengorbanan sebenarnya ia melibatkan perkara yang sangat meluas. Saban hari dalam kehi…
Azmin: Saya tak dendam Khalid SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada unsur dendam berhubung tindakan pembekuan ak…
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
http://ruangbicarapriamalaya.blo ... ahathir-mazhar.html http://www.facebook.com/mazhar84
-
PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah ...
-
BAGAIKAN maksud peribahasa Melayu 'habis manis, sepah dibuang', DAP menunjukkan sikap cauvinis dan sosialisnya yang sebenar denga...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
GEORGE TOWN: Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan di...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
Islam, Kristian dan Yahudi adalah tiga agama Samawi yang sebenarnya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang sama. Agama Yahudi menyebu...
-
SHAH ALAM: Penyanyi Siti Nordiana diumumkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandara...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Oleh Razali Ismail"