Imran ditangkap selepas muncul di khalayak umum - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Imran ditangkap selepas muncul di khalayak umum


Imran Khan dikelilingi para pelajar universiti di Lahore, semalam selepas muncul buat pertama kali di khalayak umum sebelum ditangkap pihak berkuasa. – AFP.

LAHORE 14 Nov. – Ahli politik bekas bintang kriket Pakistan, Imran Khan ditangkap oleh polis hari ini dan akan didakwa di bawah undang-undang antikeganasan selepas beliau muncul dari tempat persembunyiannya untuk mengetuai protes pelajar membantah perintah darurat.

Polis menyatakan, Imran akan diletakkan dalam tahanan di rumah selaras dengan perintah yang dikeluarkan minggu lalu selepas Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan keadaan darurat.

Imran yang muncul di khalayak ramai untuk kali pertama sejak membolosi kawalan pihak berkuasa di sekeliling rumahnya minggu lalu cuba menyertai demonstrasi di kampus Universiti Punjab di sini.

Dalam suasana kelam-kabut, beliau dijulang oleh penunjuk perasaan sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan oleh sekumpulan orang, kata saksi.

Ratusan polis pencegah rusuhan mengepung kampus itu.

Kurang sejam kemudian, Imran dibawa keluar dari bangunan itu dengan dikeliling oleh berpuluh-puluh orang dan ditolak masuk ke dalam sebuah van, kata seorang saksi.

“Beliau berada dalam tahanan polis kerana perintah tahanan telah dikeluarkan terhadap beliau,” kata seorang pegawai kanan polis Lahore, Khalid Batti.

Ketua Polis Daerah, Rana Mansoor pula memberitahu, Imran diletakkan dalam tahanan di rumah selama 90 hari di bawah undang-undang pemeliharaan ketenteraman awam.

– AFP

Related Post

  • Rakyat Iran tabah hadapi sekatan BaratOleh Shamsiah Sanin (Yang melawat Iran, baru-baru ini)TEHERAN, 8.30 pagi, bunyi bising kenderaan di atas jalan raya, men…
  • Simbolik sebatang penyapuOleh: HASSAN MOHD NOOR SEBELUM Ramadan yang lalu, Dr. Mohamad Khir Toyo mengeluarkan arahan supaya masjid dan surau di n…
  • Eloklah kembali asal TAN SRI AINUDDIN ABDUL WAHID. MUKADIMAHAntara usul yang hangat dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-58 baru-baru …
  • Penyapu terlalu hina DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN. MUKADIMAHBaru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menu…
  • Misi pertahan hak MalaysiaSELASA lalu, galeri awam di tingkat atas bilik persidangan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi kes tuntutan bertin…
0 Komentar untuk "Imran ditangkap selepas muncul di khalayak umum"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI