BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

FENOMENA bangunan dan siling runtuh, bumbung bocor serta jambatan retak nampaknya kian mewarnai persekitaran kita.

Awang tidak pasti mengapa semua ini terjadi ketika Malaysia memasuki fasa kedua kemerdekaan yang akan membawa kita ke status negara maju.

Di mana silapnya? Apakah kerana kualiti pembinaan kita merosot atau disebabkan faktor lain yang berkait rapat dengan salah laku dan rasuah?

Hal ini menuntut post mortem secara besar-besaran. Ia perlu ditangani secara serius supaya tidak menggugat keyakinan awam yang akhirnya menjejaskan imej kerajaan dan negara.

Dalam kaitan ini, Awang selalu bertanya mengapa bangunan-bangunan lama termasuk yang dibina ketika zaman penjajah masih kukuh dan menjadi kebanggaan kita.

Kenapa sebahagian bangunan sekarang tidak begitu? Kes terbaru melibatkan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) yang baru siap di Tasik Banding, runtuh kelmarin.

Maka Awang amat setuju kes-kes bangunan awam runtuh dan sebagainya, turut disiasat daripada aspek kemungkinan berlakunya salah laku.

Awang – Bingung campur marah.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI