Makna Setiakawan PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Makna Setiakawan PAS



Komentar"

Sedih melihat, apatah lagi mendengar apa yang berlaku kebelakangan ini. Asalnya cuma masalah dalaman PKR. Kemudian PAS ditarik dalam kemelut.

Atas apa jua alasan, tindakan 2 ahli dalam tidak mematuhi keputusan pimpinan tertinggi jemaah adalah tidak boleh diterima. Kemudian di angkat hero oleh DAP, manakala 4 exco yg mempertahankan kerajaan PR dianggap pengkhianat. Saya masih sayangkan PR kerana dengan cara ini lah kekuatan terbaik untuk menentang BN. Setakat ini, jalan ini sajalah cara terbaik dalam medan demokrasi untuk menumbangkan musuh politik.

Namun sayang pada PR masih lagi bersandarkan tahaluf siyasi yang diputuskan oleh jemaah. Moga Allah berikan petunjuk dan kebijaksanaan pada seluruh barisan pimpinan PAS dalam mengharungi badai ujian ini. Moga Allah menyatukan hati mereka, menetapkan kaki-kaki mereka. Buat rakan pakatan, terutama DAP yang sedang menunjukkan bunga persengketaan yg tak nampak penghujungnya, kenangkan kembali tanda setiakawan PAS sejurus sebelum berlangsungnya PRU13

Sinar Harian, 19 April 2013 
KUALA LUMPUR - DAP mengesahkan akan bertanding menggunakan logo Pas pada pilihan raya umum kali ini.
Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.

Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana "tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh RoS."

“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang Pas di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau dipetik Roketkini.com.

RoS menghantar notis petang kelmarin mengatakan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, Setiausaha Agung Pas dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP.
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 janggidost
0 Komentar untuk "Makna Setiakawan PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI