Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib yang dalam proses dipecat parti dihargai oleh parti PKR dan DAP atas pendiriannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ditentang partinya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 5 Oktober, 2014.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk memecatnya.

Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian and tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.

Saari berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.

(Laporan sebelum ini membuat terjemahan yang salah bahawa Saari akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti).
"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya.

Saari dianggap sebagai hero oleh parti Pakatan Rakyat (PR) lain kerana keputusannya menyokong DAP dan PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun pendiriannya bertentangan dengan pendirian pemimpin tertinggi PAS.

Ketika Muktamar PAS September lepas, Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin diserang ahli dan pemimpin PAS kerana keputusan mereka untuk memihak pada PKR dan DAP.

Namun Saari tetap meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS pada acara semalam dan ucapannya yang seringkali mendapat tepukan gemuruh.

Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP malam tadi atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor.

Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok ‎turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong parti PR meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS.

"Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti. Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.

Saari dan Hasnul berdepan dengan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid.

Namun apabila Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan menerima pemecatan Khalid, keputusan itu di tarik balik beberapa hari selepas itu, walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura memutuskan perkara sebaliknya.

Perpecahan dalam PAS dilihat semakin berlarutan terutama dalam krisis menteri besar Selangor dan tidak mencapai sebarang kata sepakat bersama PR dalam isu calon yang menggantikan Khalid.

Para penganalisis dan pemimpin PR mempersoalkan keputusan PAS kerana ia memberi kesan kepada pengundi Selangor yang dilihat mempunyai kesedaran politik.‎

Mereka percaya krisis tersebut akan menyebabkan PAS kehilangan kerusi pada pilihan raya akan datang akibat sentimen negatif orang ramai.

‎Seorang pemimpin yang berada di majlis makan malam tersebut berkata program itu juga dilihat sebagai peluang membuktikan kemarahan pengundi kepada PAS.

"Cina mengiktiraf Saari, beliau kini dilihat sebagai selebriti. Kita mahu tunjukkan mereka beliau juga merupakan pemimpin PAS."

Saari pula katanya tetap berpegang pada pendiriannya tanpa mengira persepsi daripada ahli PAS lain.

"Mereka boleh menyatakan apa sahaja, menghina saya. Namun saya sanggup buat apa sahaja untuk rakyat. Saya tidak mahu keluar daripada PAS, saya masih ahli PAS."

Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian and tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.

Saari berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.

"Namun akhirnya saya berharap PR dapat bangkit semula, PAS dapat bergabung semula bersama DAP dan PKR mengambil alih negara Barisan Nasional (BN)." – 5 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/maafkan-pas-atas-isu-mb-selangor-kata-saari-sungib#sthash.JFt07c29.dpuf
0 Komentar untuk "Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI