Semalam, 3 orang budak pompuan ni di bawa anak Karpal buat laporan kat SKMM kononnya marah disebabkan seorang penulis telah memberi pandangannya tentang depa masuk DAP di laman portal myKMU.net.
Depa tak puas hati bila Kunta Kinte Malaysia sindir pedas dengan perumpamaan "lebih baik jadi pelacur dari masuk DAP'. Tu yang depa "panas" sangat tu...
Sebagai seorang Melayu dan faham bahasa kiasan Melayu, saya yakin maksud di sebalik penulis myKMU.net tu maksudkan tidaklah sebagaimana yang disangka. Itu hanya perumpamaan yang gagal difahami oleh budak-budak pompuan DAP tu...
Terus terang, saya tak marah kalau budak-budak tu pilih atau masuk DAP. Negara ni negara demokrasi, kan? Masuk la parti Likud kat Israel nunnnn.. ada saya kesah?
Cuma... walaupun saya tak marah, tapi saya cukup kesal depa masuk DAP. Pada saya, dari masuk DAP, lebih baik depa masuk PAS. Kurang-kurang, budak Dyana tu boleh la berjinak-jinak tutup aurat..pakai tudung..kan?
Pasal apa budak-budak ni pilih DAP yang terang-terang tolak agenda mengimarahkan Islam di Malaysia? Kenapa? Adakah budak-budak ni wajar lupakan kepentingan Islam dan lebih utamakan politik?
Hebat sangat ke hala tuju politik DAP? Walau sehebat mana sekalipun, tapi tolak Islam, tolak hudud 100%, tolak Malaysia sebagai negara Islam...politik depa tetap wajib ditolak umat Islam di Malaysia ni...kan?
Sebabnya, apa saja yang kita perjuangkan dalam hidup (termasuk politik), semuanya mesti berteraskan Islam dulu. Kita perlu utamakan Islam terlebih dahulu. Baru la namanya berpolitik secara Islam...kan?
Jadi, apa yang betul sangat masuk DAP dari sudut pandang budak-budak pompuan ni? Kalau dah perkara asas pun depa salah dan tak reti fikir, boleh ke depa ni dijadikan "model" contoh?
Saya tak tau la apa yang dah "digula-gulakan" budak-budak pompuan ni sampai jadi "buta". Tapi terus terang saya katakan, kalau saya ni Muslimat PAS, maka saya akan rasa malu yang amat sangat...
Sebab? Sebab saya gagal tarik depa bertiga ni masuk PAS la.. common sense.. tiga muslimah lebih rela masuk sebuah parti yang tolak hudud berbanding parti yang perjuang Islam... dah tentu la Muslimat PAS rasa terhina, kan?
Apa buruk benar ke PAS sampai depa takmau masuk dan pilih DAP?
Pada pandangan saya, hina atau mulia seseorang itu bergantung pada peribadi dan amalan kehidupannya di sisi Allah. Kalau pelacur sekali pun, tapi bertaubat dan kembali ke jalan Allah, maka pada saya dia lebih mulia dari orang yang pakai tudung labuh tapi berzina..kan?
3 dara, tiga fikrah berbeza, dan 3 fahaman agama berbeza walau menganut agama yang sama. Sorang berniqab, sorang bertudung dan sorang lagi "free hair". Lagu mana tu?
Gen Y ni berani menongkah arus? Tu bukan berani namanya. Pada saya, itu langkah tak berpaksikan Islam sebagai asas. Kalau dah berani menongkah perjuangan holistik, apatah lagi perjuangan kebangsaan dan lain-lain... hancussss... boleh dikatakan goyah jati diri Islam, Melayu dan Tanah Melayu!
Jadi, saya sarankan supaya Dyana, Rara dan Melati fikir betul-betul. Tak perlu masuk UMNO. Masuk PAS pun tak pa... asalkan jangan DAP atau PKR. Dua-dua parti tu lebih kurang je macam adik abang. Satu tolak perjuangan Islam di Malaysia, satu lagi dok gila nak jadi PM...
Saya tegur bukan sebab saya dengki depa masuk DAP. Saya tegur sebab 3 dara tu saya yakin beragama Islam dan automatik kira kita ni saudara seagama. Jadi, saya cuma tunaikan tanggungjawab saya untuk menegur supaya belajar fikir berpolitik cara Islam, bukan cara berpolitik membelakangkan Islam...
Harap Dyana, Rara dan Melati faham.
0 Komentar untuk "Surat Terbuka Wanita UMNO Kedah Buat Dyana, Rara Dan Melati...!"