Tiada sebab Khalid letak jawatan Adun Pelabuhan Klang, kata Faekah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiada sebab Khalid letak jawatan Adun Pelabuhan Klang, kata Faekah

Ura-ura yang mengatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang dinafikan beberapa pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang memandangkan beliau tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian, kata pegawai khas Faekah Hussin.

Perkara itu turut disahkan Arfaeza Abdul Aziz, bekas setiausaha akhbar kepada Khalid ketika menjadi menteri besar Selangor kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

"Tiada sebab untuk Khalid meletakkan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang.



"Diharapkan kawasannya tidak mempercayai khabar angin," kata Faekah.
Hari ini akhbar Sinar Harian melaporkan kemungkinan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai Adun Pelabuhan Klang selepas tidak lagi menjadi menteri besar Selangor.

Khalid sebelum ini dipecat keahlian PKR ekoran enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor untuk memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan PKR itu menjadikan Khalid menjadi satu-satunya Adun Selangor yang bebas.

Selain memegang jawatan sebagai Adun, Khalid juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Khalid kemudiannya melepaskan jawatan menteri besar selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan melantik Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR untuk mengambil alih jawatan itu. – 5 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-sebab-khalid-letak-jawatan-adun-pelabuhan-klang-kata-faekah#sthash.8YVRQUB9.dpuf
0 Komentar untuk "Tiada sebab Khalid letak jawatan Adun Pelabuhan Klang, kata Faekah "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI