Di Sebalik Tabir LENSA ‘Serang’ Pejabat PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Di Sebalik Tabir LENSA ‘Serang’ Pejabat PAS


Artikel
Pelbagai insiden di sebalik tabir berlaku ketika LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia) menyerahkan memorandum ke Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur pada 30 September lalu.
Dalam memorandum itu LENSA mengemukakan cadangan radikal iaitu mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tidak setuju dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Statement ni bahaya, PKR seolah-olah tidak bersalah. Anwar satu habuk pun kau tak sebut.
“Aku nampak kau ni jadi budak suruhan budak-budak Anwar, budak suruhan AJK PAS Pusat yang pro Anwar,” kata seorang ‘lelaki’ kepada Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang.
Lelaki itu juga mempertikaikan kenapa dalam memorandum itu LENSA hanya mengkritik kumpulan pro ulama dan bukannya Anwar.
“Kenapa dia orang ni (pro ulama) dituduh menjatuhkan Pakatan Rakyat ? ” soal lelaki itu.
Safwan : Ini kenyataan yang bercanggah.
Lelaki : Okay. Kenyataan bercanggah dengan Pakatan Rakyat. Siapa Pakatan Rakyat ?. Adakah Pakatan Rakyat buat satu hitam putih ?. Aku nak tanya siapa Ketua PKR ?”
Safwan : Ketua PKR, Wan Azizah.
Lelaki : Anwar lah.
Safwan : Keputusan Presiden (PKR).
Lelaki : Salah tu. Setuju tak, Wan Azizah ni, dia tak berperanan (pun), suami dia (Anwar) yang berperanan.



0 Komentar untuk "Di Sebalik Tabir LENSA ‘Serang’ Pejabat PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI