Dua nombor plat mewah BMW hasil kerja keras, kata Sanjeevan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dua nombor plat mewah BMW hasil kerja keras, kata Sanjeevan

Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan berkata dirinya sedia untuk disiasat kerana pembelian nombor plat kereta mewah tersebut hasil kerja kerasnya sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Oktober, 2014.
Tiada pihak yang boleh mempertikaikan pembelian dua nombor plat kereta BMW negeri Selangor berjumlah hampir RM340,000 kerana ia diperoleh daripada hasil kerja keras sendiri, kata R Sri Sanjeevan.

Pengerusi MyWatch itu berkata beliau sedia disiasat pihak berkuasa jika benar pembelian plat kereta mewah berkenaan bercanggah dengan undang-undang.

"Tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan usaha gigih saya mendapatkan wang tetapi sesiapa sahaja boleh mempersoalkan jika dana awam dibazirkan. Dua senario berbeza.

"Tidak apa. Sesiapa yang tidak puas hati sila laporkan kepada SPRM dan saya sedia disiasat," katanya melalui akaun Twitter @SanjeevanSS menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Semalam, tersebar luas di laman sosial apabila sekeping gambar yang menyatakan Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.

Berdasarkan gambar tersebut, lima anggota pentadbiran juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10 secara percuma.

Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).

Kejayaan Sanjeevan mendapatkan nombor pendaftaran BMW 8 dan BMW 11 dengan bayaran hampir RM340,00 mengundang reaksi sinis di Twitter.

Ketika menjawab soalan pengguna Twitter @saifuyoo yang bertanyakan sama ada beliau menabung sedari kecil untuk membeli nombor plat berkenaan, Sanjeevan berkata: "Yes tepat sekali... Haha!"

Beliau berkata bukanlah sesuatu yang mengejutkan dapat membeli nombor plat dengan harga berkenaan kerana pengasas Facebook Mark Zuckerberg mampu menjadi seorang hartawan.

"Biarkan mereka berkata apa yang mereka mahu kerana akhirnya itu adalah duit hasil gigih saya dan terpulang bagaimana saya membelanjakannya.

"Mark Zuckerberg seusia dengan saya tetapi dia seorang bilionair. Ada saya merungut? Tidak, saya bersaing," katanya menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya di Twitter. – 5 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dua-nombor-plat-mewah-bmw-hasil-kerja-keras-kata-sanjeevan#sthash.6chrt034.dpuf
0 Komentar untuk "Dua nombor plat mewah BMW hasil kerja keras, kata Sanjeevan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI