(Ubah saiz teks)
Berdasarkan gambar yang telah menjadi viral di Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Selangor.
Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos.
Antara pemilik plat BMW baharu itu termasuklah jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100) serta anggota pentadbiran kerajaan yang tidak dinyatakan nama harga tempahan untuk plat nombor BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10.
Banyak yang diperkatakan oleh pengguna Twitter berhubung bayaran besar ini, seperti yang terdapat di Twitter @The_Mamu - "Sanjeevan ni meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal.
Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
0 Komentar untuk "Pengerusi MyWatch 'Belanja Besar' Untuk Dua Nombor Plat Eksklusif BMW"