Rais Yatim Dilantik Presiden UIAM Keenam - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rais Yatim Dilantik Presiden UIAM Keenam

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703213733&sec=mstar_berita

Tan Sri Dr Rais Yatim.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.
Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.
Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan UMNO Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2008/2011. - BERNAMA
0 Komentar untuk "Rais Yatim Dilantik Presiden UIAM Keenam"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI