Tukar Agama Kanak-Kanak Ditentukan Satu Pihak Tidak Adil: Nazri Aziz - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tukar Agama Kanak-Kanak Ditentukan Satu Pihak Tidak Adil: Nazri Aziz

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703135003&sec=mstar_berita



    Nazri Aziz (kiri) meninjau bas dua tingkat KL Hop-On-Hop-Off sempena lawatan kerja ke produk KL Hop-On-Hop-Off di Kuala Lumpur, Rabu.Turut hadir Pengarah KL Hop-On-Hop-Off, Rizal Ashram Ramli (dua, kanan). Foto KEVIN TAN/TheStar
    KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju dengan cadangan akta penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak sahaja dengan mengatakan ia tidak adil kepada bukan Islam.
    Beliau berkata, adalah tidak adil bagi satu pihak saja untuk menentukan agama seorang kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.
    "Sebagai seorang peguam dan beragama Islam, saya tidak selesa dengan situasi ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
    Beliau berkata sebagai seorang yang beragama Islam dan pemimpin di negara ini, 'adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kaum minoriti dan memastikan hak mereka dilindungi."
    "Saya percaya apa yang berlaku pada hari ini adalah menangguhkan masalah yang lebih besar," katanya.
    Beliau dimintas mengulas mengenai cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 untuk membenarkan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak kepada Islam.
    Antara lain, Rang Undang-Undang itu membenarkan mana-mana individu berusia di bawah 18 tahun untuk menukar agama kepada Islam sekiranya salah seorang ibu bapa atau penjaga mempersetujuinya.
    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada semua parti bahawa mereka akan diberikan penjelasan sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.
    0 Komentar untuk "Tukar Agama Kanak-Kanak Ditentukan Satu Pihak Tidak Adil: Nazri Aziz"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI