Xavier: Jangan jual arak murah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Xavier: Jangan jual arak murah

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/xavier-jangan-jual-arak-murah-1.178336

SHAH ALAM -  Kerajaan Negeri Selangor disaran menghalang dan mengharamkan penjualan arak murah kepada rakyat negeri ini.
Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, penjualan arak murah berlaku di kedai runcit dan pasar raya pada masa ini.

Menurutnya, pengambilan arak murah yang tinggi bukan sahaja boleh merosakkan organ dalaman juga boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme.

“Pengambilan arak murah ini berlaku dalam kalangan masyarakat India yang berpendapatan rendah,” katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika Sidang Dun, semalam.

Beliau juga mencadangkan, kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dengan menutup operasi kilang penghasilan arak murah di negeri itu.

Katanya, kilang sedemikian boleh diberi tempoh selama tiga tahun untuk terus beroperasi sebelum ditutup.

“Kita tidak mahu sekiranya kilang berkenaan terus dibenarkan beroperasi, begitu juga gejala sosial akan turut berterusan," katanya.

Dr Xavier yang juga bekas Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin penggal lalu mencadangkan, penggubalan satu enakmen minum arak di kawasan awam bagi memastikan tiada lagi pengambilan arak dilakukan di tempat awam.

Beliau berkata, enakmen itu akan memberi kuasa PBT dan polis untuk menahan orang awam yang minum arak di tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak.

Jelasnya, pusat khidmatnya sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai individu atau kumpulan yang minum arak di tempat awam dan meninggalkan botol arak berkenaan di kawasan itu.

“Mereka penduduk setempat yang terganggu dengan bunyi bising yang dibuat kumpulan yang minum arak di taman permainan. Kemudian, kanak-kanak yang keluar bermain di taman itu terdedah kepada kecederaan akibat botol arak yang dibuang bersepah dan pecah.

“Undang-undang seperti ini bukan baru dan sudah dilaksanakan di negara seperti Australia dan Amerika Syarikat," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya enakmen sedemikian, mana-mana orang awam yang mahu mengadakan majlis yang di tempat awam dan mahu menghidangkan arak perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib.
0 Komentar untuk "Xavier: Jangan jual arak murah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI