Keputusan Tiada Sesi Soal Jawab DUN P.Pinang Atas Nasihat Penasihat Undang-Undang - Lim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Keputusan Tiada Sesi Soal Jawab DUN P.Pinang Atas Nasihat Penasihat Undang-Undang - Lim

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703173329&sec=mstar_berita



    GEORGE TOWN: Keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mula bersidang pada Rabu dibuat atas nasihat penasihat undang-undang negeri, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
    Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar tidak menyalahkan Speaker DUN Law Choo Kiang yang baru dilantik 28 Jun lepas kerana tidak memberi laluan untuk sesi soal jawab pada persidangan pada Rabu.
    Sambil menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, Lim berkata beliau akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
    "Perkara itu telah disarankan oleh penasihat undang-undang dan keputusandibuat oleh setiausaha DUN kerana beliau yang menguruskan hal-hal dewan sebelumpelantikan speaker.
    "Saya juga hairan dan akan mendapatkan penjelasan tentang itu...tetapi tidak boleh salahkah speakar (Law) yang baru dilantik sebagai tidak fokus kepada masalah rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
    Lim bagaimanapun menjangkakan keputusan dibuat berikutan faktor kekangan masa persidangan yang singkat kali ini.
    Persidangan DUN Pulau Pinang pada Rabu kecoh apabila speaker tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab sebaliknya meneruskan persidangan dengan sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
    Sementara itu, wakil rakyat pembangkang pada sidang akhbar di lobi DUN pada Rabu melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan mengeluarkan sesi soal jawab kerana ia seolah-olah telah menafikan hak rakyat untuk bertanya dan mendapatkan maklumat daripada kerajaan negeri.
    Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini kerana sesi soal jawab merupakan komponen penting yang memberi peluang kepada wakil rakyat membangkitkan isu atau pertanyaan yang menjadi permasalahan rakyat untuk pengetahuan pihak kerajaan.
    "Apabila dah dikeluarkan sesi soal jawab, ini bermakna peluang rakyat untuk bebas bertanya itu telah tiada, begitu jugalah maknanya kita sudah ditutup mulut jangan tanya, ikut saja. Bila kita bangkitkan dalam perbahasan tidak semestinya kerajaan negeri akan jawab semua...mereka boleh pilih-pilih," katanya.
    Jahara berkata, perkara itu merupakan sesuatu yang tidak demokratik dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku apabila menidakkan sistem demokrasi yang telah dilaksanakan sekian lama.
    Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang turut hadir pada sidang akhbar itu berharap speaker DUN lebih peka dan prihatin mengenai perkara itu kerana ia membabitkan kepentingan awam.
    "Harap speaker ada pendirian sendiri daripada hanya mendengar cakap orang lain, kebanyakan soalan kami adalah yang telah difikirkan sejak sekian lama dan kami perlukan penjelasan bagi semua perkara," katanya. - BERNAMA
    0 Komentar untuk "Keputusan Tiada Sesi Soal Jawab DUN P.Pinang Atas Nasihat Penasihat Undang-Undang - Lim"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI