Tukar Agama: Pembangkang Belum Tetap Pendirian - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tukar Agama: Pembangkang Belum Tetap Pendirian

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130702144857&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Pembangkang masih belum menetapkan pendirian berhubung cadangan akta mengenai persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak kepada Islam.
    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya masih meneliti kandungan rang undang-undang itu dan keputusan mengenainya hanya akan diketahui minggu depan.
    "Kami masih sedang meneliti. Saya mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adan Lim Guan Eng untuk mendapatkan pandangan mereka.
    "Kami juga sedang meneliti mengenai kebimbangan yang disuarakan orang ramai," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Selasa.
    Beliau mengulas mengenai peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.
    Kandungan seksyen itu dilihat oleh banyak pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) sebagai bertentangan dengan keputusan kabinet yang diumumkan pada 23 April 2009, iaitu bahawa agama seseorang kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak.
    MIC membuat kenyataan umum bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam perbincangan tentang Seksyen 107(b) rang undang-undang berkenaan manakala Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu pula telah menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan peruntukan tersebut sebagai "mengejutkan" serta "licik" dan beliau menganggap langkah tersebut berlawanan dengan perdamaian nasional yang sedang banyak diperkatakan.
    0 Komentar untuk "Tukar Agama: Pembangkang Belum Tetap Pendirian"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI