Kerajaan Digesa Jangan Tunduk Isu LGBT - Nik Abduh - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerajaan Digesa Jangan Tunduk Isu LGBT - Nik Abduh

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703203205&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya tidak tunduk dengan gesaan pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
    Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, kerajaan perlu tegas dalam menolak tuntutan berkenaan bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara.
    Tegasnya, umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang tidak mahu Islam dicemari nilai negatif.
    "Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara.
    "Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad, hak mengamalkan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
    0 Komentar untuk "Kerajaan Digesa Jangan Tunduk Isu LGBT - Nik Abduh"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI