LIDAH PENGARANG
UCAPAN penggulungan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung ke-58 parti itu semalam mengajak ahli-ahlinya dan juga rakyat berbilang kaum supaya mempertahankan kestabilan negara ini pada setiap masa.
Ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu mempunyai asas yang kuat. Kestabilan merupakan prasyarat untuk mana-mana negara melaksanakan pembangunan yang dirancang.
Sesungguhnya banyak yang boleh kita dapat rancang dan laksanakan jika negara berada dalam suasana yang aman, selamat dan stabil.
Malah pelbagai perkara boleh kita fikirkan untuk memajukan diri dan bangsa, jika tiada kacau-bilau di negara ini.
Oleh kerana keamanan dipelihara dan pendekatan proaktif diambil untuk mempertahankan kestabilan politik dan ekonomi, maka pelbagai cetusan idea pembangunan dapat dirancang untuk manfaat rakyat.
Hakikatnya kestabilan negara perlu dijaga supaya pengagihan pembangunan yang kini digerakkan melalui pembangunan wilayah ekonomi di utara, selatan dan Pantai Timur di Semenanjung dan ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi, dapat membantu membawa perubahan lebih baik kepada taraf hidup penduduk di luar Lembah Klang.
Ini adalah impian Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri agar jurang perbezaan antara etnik dan rakyat di luar bandar dan bandar dapat dikecilkan.
Untuk mencapai hasrat itu juga, Abdullah mengajak orang Melayu membuat proses pemikiran semula.
Ini dapat dijalankan melalui memberi nilai tambah pada produktiviti, meningkatkan taraf hidup melalui peningkatan ilmu pengetahuan serta membina minda kelas pertama.
Inilah strategi pimpinan Abdullah untuk membawa rakyat terutama orang Melayu tidak sekadar ingin mencapai negara maju pada 2020 tetapi mencabar supaya bangkit untuk terus lebih maju sehingga mencapai gagasan 2057. Ini penting kerana sesebuah negara boleh menjadi maju pada satu masa dan juga boleh mundur pada masa lain.
Sebab itu, untuk menjadi maju sudah tentu negara memerlukan pembinaan modal insan yang berkualiti dan lengkap dengan ilmu pengetahuan.
Langkah-langkah menyediakan sumber manusia yang lebih baik tahap pendidikannya sudah dilaksanakan dengan sekurang-kurangnya memiliki sijil sekolah menengah atau diploma dan bukan setakat sijil sekolah rendah atau menengah rendah.
Bagaimanapun perlu dipastikan supaya yang digesa oleh Abdullah bahawa peluang anak-anak luar bandar mendapat latihan kemahiran yang sama kualitinya dengan di bandar, tidak dipandang sepi.
Kita perlu menghayati pemikiran Abdullah yang ingin membina keyakinan di kalangan orang Melayu untuk menjadi bangsa yang tidak takut pada perubahan.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "PERTAHANKAN KESTABILAN DEMI MENJAYAKAN CITA-CITA"